Bicara kes rasuah bekas pegawai menteri dan tunang bermula 1 Okt

March 29, 2021 · Isu semasa

Mahkamah menetapkan 1 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes rasuah bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Mohd Saifullah Mohd Minggu, 30 berdepan 24 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah lebih RM3 juta bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.

Beliau akan dihadapkan bersama seorang wanita, Nurfadziana Abdul Kadir, 29 yang juga tunangnya atas pertuduhan bersubahat dalam melakukan kesalahan rasuah.

Hakim Suzana Hussin menetapkan 1, 14, 26 dan 29 Okt, 16 hingga 19 Nov dan 30 Nov, 1 hingga 3 Dis serta 14 hingga 16 Dis untuk perbicaraan kes dihadapi kedua-dua tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir memberitahu mahkamah, dokumen berkaitan perbicaraan telah diserahkan kepada pembelaan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

“Pihak pendakwaan dijangka mengemukakan 27 orang saksi untuk memberi keterangan,” kata Muhammad Asraf.

Mohd Saifullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Nurfadziana pula menghadapi satu pertuduhan bersubahat dengan Mohd Saifullah dalam melakukan kesalahan rasuah dengan menerima suapan RM232,000.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli belah Pavillion, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Vipod Residences, di Maybank Taman Tun Dr Ismail dan Wisma Genting dan di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya antara 19 Jan hingga 29 Julai 2019.

Mohd Saifullah turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM106,500 yang mana kesemua kesalahan itu dilakukan di empat lokasi berbeza termasuk Petaling Jaya, Sepang dan Puchong antara 21 Dis 2018 hingga 30 Mac 2019.

Bagi pertuduhan meminta dan menerima rasuah, Mohd Saifullah didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Nurfadziana dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada 17 Sept tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes dihadapi Mohd Saifullah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
24 jam lalu· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
24 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok