
Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguh lagi hari ini selepas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak asih dirawar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Memetik laporan BH, keadaam bekas presiden UMNO itu disahkan Pakar Perubatan Klinikal HKL, Dr Mohd Fadli Zil Ikram Karim ketika dipanggil memberikan penjelasan mengenai keadaan bekas perdana menteri itu di Mahkamah tinggi, hari ini.
Pada 9 April lalu, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan kes 1MDB selepas Dr Mohd Fadli memberikan cuti sakit selama dua hari kepada Najib yang berakhir semalam.
Dr Mohd Fadli memberitahu, ketika membuat rutin rondaan klinikal pada jam 7.20 pagi tadi Najib yang diperiksa olehnya mengadu masalah cirit-birit.
“Kami merumuskan, beliau masih mempunyai masalah cirit-birit yang aktif. Selepas membuat pemeriksaan, kami dapati beliau berisiko tinggi untuk mengalami masalah kekurangan air dan risiko tekanan darah rendah.
“Dengan itu, beliau tidak sihat untuk hadir perbicaraan pada hari ini dan selepas berbincang dengan perunding HKL, kami memutuskan memberikan cuti sakit hari ini,” katanya.
Sequerah kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini dan prosiding akan bersambung pada 21 Jun depan dengan pendakwaan memanggil saksi baharu.
Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.