Biadab persenda ibadah solat, kata Timbalan Presiden PAS

August 26, 2021 · Isu semasa

Tindakan sesetengah pihak yang mempersenda ibadah solat dilakukan anggota Jabatan Amal PAS di kawasan air terjun di Gunung Jerai, Yan, Kedah, sebagai bahan gurauan atau troll politik, amat biadab sekali.

Malah sesetengah pihak menganggap gurauan dan troll politik itu menunjukkan golongan sekular berusaha menanam racun kepada ummah untuk menafikan kewujudan agama di dalam politik.

Ada juga yang mengecam perbuatan troll itu dibuat kerana solat berkenaan dilakukan oleh PAS, sedangkan sebelum ini ada gambar yang menunjukkan penghantar barang, peniaga tepi jalan, petani atau pekerja binaan mengerjakan solat tidak pula menjadi bahan gurauan.

“Tapi bila Unit Amal keluarkan foto solat di atas batuan, sekonyong2 timbul kecaman dan kejian. Pelik sungguh,” kata seorang netizen, ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mengecam tindakan sesetengah pihak yang menjadikan ibadah dikerjakan anggota jabatan itu, sebagai bahan gurauan dan troll politik.

“Amat biadab jika ibadah solat yang diwajibkan dan diharuskan dalam keadaan tertentu dijadikan bahan gurauan atau troll politik oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang anggota Jabatan Amal PAS bersolat di atas batu di kawasan air terjun di Yan, Kedah. – Gambar dari FB Menteri Besar Kedah.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi bermaksud “daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda (maksud), “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad”.

“Solat didirikan setelah memenuhi syarat dan rukun walaupun ketika di lautan, di hutan, di udara hatta di angkasa lepas sekalipun. Paling penting adalah menjaga solat,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor turut berkongsi gambar anggota Jabatan Amal PAS melaksanakan misi bantuan, termasuk mencuci rumah penduduk dan membersihkan kawasan air terjun di sekitar Gunung Jerai, Yan.

“Ini sebahagian dari anggota Jabatan Amal Malaysia yang turun ke Yan untuk misi bantuan. Ada yang bantu cuci rumah. Ada yang bantu memasak untuk mangsa dan petugas. Ada yang potong kayu yang hanyut untuk ‘clear’ jalan.

“Ini kumpulan yang ditugaskan untuk tarik paip besar dari bawah ke atas gunung untuk ambil bekalan air dari atas,” katanya berkongsi gambar itu di dalam Facebook beliau.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok