Biadab majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa!

April 15, 2021 · Isu semasa

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengecam majikan berbangsa Cina yang memukul dua pengawal peribadinya hanya kerana mereka berpuasa dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai sangat biadab.

Asri berkata isu melibatkan tindakan majikan tersebut bukan semata-mata hanya kerana perkataan tetapi sebenarnya adalah satu isu perkauman dan juga mencabar orang Islam yang perlu dipandang serius.

“Saya bersetuju ia bukan isu perkataan tapi -jika benar seperti yang didakwa- ia lebih besar dari isu perkauman, ia isu mencabar agama Islam!

“Umat Islam hendaklah memandang serius kebiadaban yang seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa berhubung isu tersebut supaya maruah agama dan umat Islam di Malaysia tidak terus dihina oleh bangsa lain sehingga kemudiaannya dipijak.

“Jika mereka terlepas, ertinya maruah agama dan umat Islam di negara ini telah dipijak!” katanya lagi.

Semalam, seorang majikan berbangsa bukan Islam didakwa memukul dua pengawal peribadinya berbangsa Islam hanya kerana berpuasa, malah mereka berdua diugut dengan sepucuk pistol sekiranya membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Insiden tersebut berlaku di rumah rakan majikan tersebut di One KL Kondominium Complex, Kuala Lumpur dan ia berlarutan sehingga di rumah majikan tersebut yang menetap di Bukit Tinggi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komosioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 4.16 petang semalam di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan menggunakan rotan oleh majikan dan seorang lagi pekerja.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Berita berkaitan
Tangguh pemberian dos penggalak, KKM perlu lihat realiti: Mufti Perlis
January 19, 2022· Isu semasa
Gelagat pengantin ‘unboxing’ isteri umpama ‘jual bini’: Mufti Perlis
January 14, 2022· Isu semasa
Facebook Mufti Perlis disekat 30 hari kerana hentam Israel
May 18, 2021· Isu semasa
Mufti Perlis selar PBB gagal pertahan rakyat Palestin
May 13, 2021· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
3 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok