BHIC terlepas hukuman seleweng projek kapal tempur TLDM: Laporan

September 7, 2022 · Isu semasa

Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) akan terlepas daripada hukuman kerana salah urus dan penyelewengan berkaitan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lapor The Edge hari ini.

Harian perniagaan tempatan itu memetik Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat BHIC, Boustead Naval Shipyard (BNS) Azhar Jumaat sebagai berkata “tidak akan ada penalti ke atas BHIC”.

Ia juga melaporkan Azhar memberi jaminan bahawa tidak akan ada kelewatan besar dalam pembinaan enam LCS, walaupun BNS telah menamatkan dua kontraktor utamanya untuk projek itu.

“Kami tidak menjangka penamatan CAD dan CED akan melambatkan lagi projek. BNS komited untuk menghantar kapal mengikut jadual baharu, yang akan dirundingkan dengan kerajaan.

“Pemberhentian itu akan membolehkan BNS berunding terus dengan OEM yang berkaitan dan ini boleh dilakukan dalam tempoh penghantaran yang dicadangkan untuk kapal itu,” katanya kepada The Edge.

CAD dan CED merujuk kepada kedua-dua kontraktor Contraves Advanced Devices dan Contraves Electrodynamics. BNS sebelum ini melantik kedua-dua syarikat itu sebagai perantara untuk membeli peralatan daripada pengeluar peralatan asal (OEM) untuk membina enam LCS.

Surat anugerah (LOA) kepada kedua-dua CAD dan CED telah dibatalkan memandangkan dakwaan salah laku, menyalahi undang-undang dan urusan penipuan berhubung projek LCS.

Azhar, yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif BNS pada Mei, berkata OEM dalam kontrak semasa projek LCS akan kekal terlibat dalam projek itu.

“Pemberhentian kontrak hanya merujuk kepada mengeluarkan pengantara. Kami tidak menggantikan OEM yang dilantik melalui CAD dan CED.

“Maknanya BNS hanya menamatkan CAD dan CED sebagai pengantara. Justeru, tiada isu mengenai penamaan kontraktor baharu. Tiada kos tambahan kepada kerajaan untuk menyiapkan kapal kerana penamatan CAD dan CED,” katanya dipetik sebagai berkata.

BHIC dianggarkan rugi RM890 juta disebabkan tuntutan berganda, bayaran dummy dan LOA bertindih, menurut laporan audit forensik mengenai projek LCS yang dinyahklasifikasikan pada 22 Ogos.

Laporan audit forensik itu juga menganggarkan BHIC telah pun kerugian RM23.37 juta berikutan dakwaan pembayaran palsu yang dibuat kepada tiga syarikat untuk perkhidmatan teknikal yang tidak wujud berkaitan kapal peronda generasi kedua dari 2011 hingga 2012.

Laporan audit forensik selanjutnya berkata bahawa LOA bertindih telah dikeluarkan memihak kepada CED pada April 2012 untuk Pusat Teknologi Bersepadu Boustead (BIT), yang berjumlah RM305 juta.

Laporan laporan forensik menyatakan bahawa kos BIT ini telah pun dimasukkan dalam LOA asal RM898 juta yang dikeluarkan oleh BNS untuk sistem pengurusan pertempuran kepada CAD.

LOA berjumlah RM898 juta, bersama RM287 juta lagi, yang juga untuk sistem pengurusan pertempuran, telah ditukarkan daripada CAD kepada CED dan disahkan oleh Pengarah Urusan BHIC Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Noor bagi pihak BNS pada 9 April 2012.

BHIC juga mengalami anggaran kerugian RM537 juta disebabkan tuntutan berganda bagi perkhidmatan yang sama dengan tatanama berbeza berkaitan kos perkhidmatan dan penyepaduan sistem pertempuran, yang disahkan oleh Azhar kepada The Edge.

BNS telah melantik kedua-dua CAD dan CED untuk membeli peralatan daripada pengeluar peralatan asal, yang menyebabkan kos pemerolehan meningkat beberapa kali ganda.

Sehingga 2018, hutang BNS kepada OEM berjumlah RM801 juta, manakala ia berhutang RM956 juta kepada institusi kewangan.

Laporan itu juga mendapati bahawa CAD dan CED telah mengenakan nilai tambahan harga kira-kira RM180 juta untuk 10 LOA.

Dalam 10 LOA yang ditandakan, BNS mengeluarkan dua LOA kepada CAD sebagai perantara sebanyak RM1.185 bilion, yang masing-masing terdiri daripada RM898 juta dan RM287 juta.

LOA mencerminkan kira-kira peningkatan tiga kali ganda berbanding nilai LOA yang dikeluarkan kepada Naval Group yang beribu pejabat di Paris (dahulunya dikenali sebagai DCNS) pada RM397 juta.

Projek LCS merupakan perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Malaysia, berjumlah RM9 bilion, diberikan ketika negara ditadbir UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Projek itu turut dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang dan Presiden UMNO sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Selepas Vincent Tan, MB Selangor pula hantar surat tuntutan kepada Sanusi
August 10, 2023· Politik
Kerajaan PN baharu akan dedah fail sulit skandal tanah RM10 bilion di Selangor: Chegubard
August 7, 2023· Politik
Mana Adam Adli dulu yang berani lawan rasuah? soal Syed Saddiq
July 4, 2023· Politik
Anwar ‘bakul sampahkan’ agenda reformasi institusi : MUDA
June 27, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok