Bertindak luar kawalan padah kesihatan mental terjejas

August 2, 2022 · Isu semasa

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam di Johor, Melaka dan Perak.

Kes pertama berlaku pada 4 Julai lalu di Johor Bahru apabila seorang pemuda berusia 25 tahun bertindak luar kawalan selepas dipercayai membunuh isterinya dan bayi mereka.

Sehari kemudian, seorang wanita warga emas ditemui mati disyaki ditikam darah dagingnya sendiri di Melaka, manakala kes ketiga pula melibatkan suami isteri ditemui tidak bernyawa dipercayai dibunuh ahli keluarga mereka di Ipoh pada 7 Julai lalu.

Ketiga-tiga kejadian berdarah itu dipercayai akibat tekanan dan dadah.

Tahukah anda kesihatan mental diperlukan untuk kesejahteraan diri supaya kita dapat mengendalikan tekanan dengan baik, bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Menurut Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosioekonomi, pertukaran keadaan persekitaran atau sosial secara mendadak, tekanan kerja dan penyakit.

“Tiga tanda awal dapat dilihat bagi mereka yang berdepan masalah kesihatan mental.

“Yang pertama, seseorang itu cenderung untuk mendapat pe­nyakit jantung dan darah tinggi yang menyebabkan sakit kepala dan kesakitan otot,” katanya.

Tambah beliau, tingkah laku, prestasi kerja mereka mungkin menurun dan cenderung untuk alami kemala­ngan, agresif, mudah marah, sukar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

“Ada yang mengalami pe­rasaan tidak puas hati, mudah terasa, murung dan penat secara emosi. Antara gejala yang mudah dilihat panas baran, sukar tidur, hilang selera makan, berat badan turun dan tidak bersemangat,” ujarnya.

Tambahnya, jika seseorang individu itu terdedah tekanan berterusan dan tidak berupaya mengendalikan stres, mereka berkemungkinan boleh mendapat penyakit mental.

Terdapat kaitan yang jelas antara tekanan hidup dan pe­nyakit mental.

Risiko untuk menghidap pe­nyakit mental adalah lebih tinggi sekiranya mempunyai sejarah keluarga selain faktor psikologi dan personaliti, ketidakseimbangan kimia dalam badan dan kea­b­normalan otak.

“Seseorang individu itu akhir­nya berpotensi mendapat pe­nyakit seperti kemurungan, bipolar dan skizofrenia,” ujarnya.

Justeru, langkah pencegahan perlu dilakukan le­bih awal agar tidak berkembang menjadi penyakit mental.

Bagi individu, antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan memperbaiki strategi menangani masalah, mengukuhkan sokongan sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada peringkat yang lebih besar, penekanan perlu diberikan terhadap promosi kesihatan mental. Promosi kesihatan mental memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperti sektor kerajaan, swasta dan organisasi komuniti.

Selain itu,  tumpuan harus diberikan kepada promosi kesihatan mental sepanjang ha­yat iaitu bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.

Ini adalah untuk mencegah penyakit mental daripada berlaku ketika peringkat dewasa dan warga tua.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok