Bersih pertikai Anwar masih teruskan amalan lantikan politik

May 25, 2023 · Isu semasa

Bersih mempersoal keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih meneruskan amalan kerajaan terdahulu membuat lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Badan pemantau pilihan raya itu mengkritik keputusan terbaharu kerajaan yang melantik ahli Parlimen PKR, Wong Chen sebagai pengerusi syarikat milik kerajaan, Malaysia Debts Ventures Bhd (MDV), semalam.

Malah katanya, lantikan politik itu seperti negara kekurangan bakat hingga Anwar terpaksa melantik pemimpin partinya sendiri.

“Walaupun kami memuji Wong Chen menghadkan peranannya untuk tidak mempengerusikan lembaga jawatankuasa untuk pengurusan risiko, gaji, audit, dan pembiayaan serta pelaburan untuk meminimumkan sebarang konflik kepentingan, kami tertanya-tanya sama ada negara kita kekurangan bakat sehingga perdana menteri terpaksa melantik Wong Chen?,” kata Bersih dalam satu kenyataan.

Katanya, meskipun Ahli Parlimen Subang itu sudah melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun pelantikan itu sepatutnya ditapis oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP).

Tambahnya, wakil rakyat perlu dielakkan sebagai calon bagi jawatan dalam GLC.

“Penapisan oleh JPKP akan memastikan hanya individu yang layak dilantik ke jawatan utama GLC dan badan berkanun kerana syarikat ini adalah penjaga kepada kekayaan awam, bukannya perniagaan swasta.

“Perdana menteri kerajaan perpaduan perlu mengambil peluang ini untuk menamatkan lantikan politik yang berdasawarsa lamanya yang pada masa lalu menyebabkan korupsi dan/atau salah urus GLC-GLC ini.

“Jadikan proses lantikan ini terbuka dan telus agar rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin berkhidmat untuk negara melalui GLC dan badan berkanun agar dapat memohon,” kata Bersih lagi.

Semalam, Wong mengumumkan beliau dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif MDV iaitu anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan bagi menggantikan Khairul Azwan Harun yang menamatkan perkhidmatannya 31 Disember lalu.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu· Isu semasa
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu· Politik
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
55 minit lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok