Bersatu nafi tolak jawatan Kabinet Ismail Sabri

August 21, 2021 · Isu semasa

Bersatu menafikan laporan parti itu menolak semua jawatan dalam Kabinet yang akan diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Penerangannya Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menyifatkan laporan sebuah portal berita itu sebagai berniat jahat yang mahu memecahkan-belahkan parti itu.

“Saya cadangkan kepada semua supaya merujuk sumber berita sahih. Kandungan laporan ini adalah palsu yang sumbernya entah siapa,” katanya.

Portal berkenaan memetik beberapa sumber, mendakwa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu parti itu menolak semua jawatan dalam Kabinet sebagai salah satu strategi dan persediaan memenangi PIlihan Raya Umum Ke- (PRU15).

Sumber itu mendakwa, Presiden Bersatu itu mencadangkan perkara berkenaan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung baru-baru ini.

Laporan itu turut memetik salah satu sumber parti yang mendakwa Muhyiddin mencadangkan demikian kerana mahu menonjolkan naratif bahawa Bersatu bersedia untuk menjadi pembangkang demi menolak kumpulan kleptokrat.

Berita berkaitan
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
23 jam lalu· Isu semasa
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022· Politik
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022· Politik
Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat
October 5, 2022· Politik
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
October 6, 2022
PLUS jangka lebuh raya sesak mulai Jumaat
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
13 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
13 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
14 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
15 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
15 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok