Bersatu lapor SPRM kes MB, Exco Selangor dalam syarikat LLSB

March 3, 2023 · Isu semasa

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Izhar Hashim sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).

Ketua Penerangan Bersatu Selangor, Mohd Idris Abdul Halim berkata, pelantikan Amirudin dan Izham di dalam LLSB dikhuatiri mewujudkan konflik kepentingan antara syarikat dan kerajaan negeri.

“Kalau diikutkan, ahli politik tidak sepatutnya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, lebih-lebih lagi Menteri Besar dan Exco Selangor sendiri. Jadi kerja penilaian, teknikal serta keberkesanan sesebuah projek sepatutnya dilakukan oleh agensi bertanggungjawab.

“Jadi apa keperluan melantik Menteri Besar dan Exco Selangor dilantik sebagai pengarah syarikat LLSB.

“Menteri Besar sendiri bukannya pakar yang boleh melakukan penilaian projek Selangor Maritime Gateway (SMG),” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan berhubung perkara itu di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, semalam (Khamis, 2 Mac 2023).

Dalam pada itu, Mohd Idris, menggesa SPRM untuk segera melakukan siasatan terhadap dua pemimpin politik tersebut, sepertimana agensi berkuasa itu membuat siasatan terhadap beberapa ahli politik lain.

“Kita membuat laporan pada hari ini setelah mendapatkan pandangan daripada beberapa peguam yang menyatakan bahawa terdapat kesalahan undang-undang. Ini adalah untuk kepentingan rakyat, peruntukan projek SMG adalah satu amaun yang besar,” tegasnya.

Terdahulu pada, Rabu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohd Shukor Mustaffa membuat laporan polis berhubung isu sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kemudian memberitahu polis menyerahkan siasatan kepada SPRM kerana laporan berkenaan lebih sesuai disiasat pihak berkuasa itu apabila ia dikaitkan dengan elemen rasuah berhubung pelaksanaan projek tebatan banjir Sungai Klang yang dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
59 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
1 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok