Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap

August 8, 2022 · Isu semasa

Bersatu menggesa kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi merungkai kemelut berhubung skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang gagal disiapkan sehingga sekarang.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata langkah menubuhkan RCI akan dapat memastikan dalang disebalik skandal kapal tak siap tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan dan menyokong supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dengan segera.

“Saya juga menyokong tindakan SPRM menyiasat perkara ini. SPRM mesti diberikan kebebasan dan kuasa untuk menyiasat sepenuhnya.

“Apa yang membimbangkan ialah ‘tangan-tangan ghaib’ di sebalik skandal ini sedang cuba mengelak dan enggan bertanggungjawab ke atas skandal ini, sedangkan semua rakyat tahu mereka yang terbabit tidak malu langsung untuk merompak harta negara untuk kepentingan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skandal LCS bernilai RM9.1 bilion mendapat perhatian orang ramai susulan pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada minggu lepas.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok