Bersara umur 60 tahun tutup peluang pekerjaan

October 23, 2021 · Isu semasa

Peningkatan umur persaraan daripada 55 tahun ke 60 tahun menutup sejuta peluang pekerjaan dalam masa lima tahun terutama kepada para siswazah untuk mendapatkan pekerjaan.

Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, ramai siswazah dalam kalangan B40 masih tiada kerja walaupun selepas dua hingga lima tahun tamat pengajian.

Perkara ini, menurut Syed Hussain telah berlaku sejak Julai 2013 kerana pekerja yang sepatutnya bersara pada umur 55 tahun meneruskan perkhidmatan mereka untuk lima tahun lagi.

“Apabila umur bersara minimum ditingkatkan dari 55 tahun ke 60 tahun, mereka yang sepatutnya bersara terus berkhidmat untuk lima tahun lagi.

“Ini menutup peluang pekerjaan yang dianggarkan sebanyak 200,000 setahun atau kira-kira satu juta peluang pekerjaan untuk lima tahun,” katanya lapor Sinar Harian.

Selain itu, beliau berkata lagi peluang untuk menyertai perkhidmatan awam juga tidak memberangsangkan kerana kerajaan hanya akan mengambil pegawai baru untuk bidang kritikal.

Peluang pekerjaan untuk siswazah ketika ini, menurut Syed Hussain semakin kritikal berikutan pandemik Covid-19 yang menyaksikan lebih 32,000 peniaga gulung tikar pada tahun 2020.

“Pada tahun lalu lebih dari 107,000 pekerja kehilangan pekerjaan dan untuk tahun ini dianggarkan lebih 40,000 pekerja telah kehilangan pekerjaan,” katanya lagi.

Ujarnya, secara purata dalam setiap 100 peluang pekerjaan yang ditawarkan majikan, 89 peratus adalah untuk pekerja bawahan, tujuh peratus untuk tenaga mahir dan separuh mahir manakala baki empat peratus untuk bahagian pengurusan.

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
October 1, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan mata wang kripto, pesara rugi RM4.4 juta
September 14, 2023· Isu semasa
Pengeluaran bulanan pesara, hanya libat sebahagian simpanan : KWSP
July 7, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok