Bermula sebagai pekerja buruh, kini Isa Ishak bergelar seniman kontemporari

October 25, 2021 · Isu semasa

Biarpun bermula sebagai buruh kasar namun bakat yang dimiliki seorang anak muda kelahiran  Telok Panglima Garang, Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila menempa nama sebagai Seniman Kontemporari Malaysia.

Menurut pelukis Isa Ishak, 26, minat melukis itu bermula ketika dia mengikuti ayahnya keluar bekerja sebagai buruh binaan.

“Saya minat daripada segi seni bina yang ayah saya dan daripada situ saya cuba terapkan dan exspresikan di atas kanvas,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan tema bagi lukisannya, Isa berkata, pameran solo ini menggunakan tema ‘Kisah Isa Ishak’ yang menggambarkan dirinya sebagai ayah baharu, artis muda dan juga suami untuk diekspresikan kepada penonton.

Setelah menamatkan pengajian di UiTM Shah Alam dengan gelaran kepujian dalam bidang Seni Halus pada 2018, Isa mengetengahkan perjalanannya sebagai seorang seniman baharu, ayah muda dan suami penyayang.

Tambahnya, pameran solo ini terdiri daripada 16 karya seni figuratif abstrak menunjukkan pencariannya untuk perhubungan, penerokaan, pertanyaan dan dokumentasi pencapaian penting dalam kehidupan peribadinya.

Isa juga menerokai idea penerimaan dan perjuangan sendiri untuk menyesuaikan diri dalam sebuah masyarakat yang berasa terpolarisasi dan terasing.

Sejumlah 26 karya seni dihasilkan oleh Isa Ishak dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ‘diri’ dan ‘disiplin diri’. Pameran “diri” yang terdiri daripada 16 karya seni figuratif abstrak menunjukkan pencariannya untuk perhubungan, penerokaan, pertanyaan dan dokumentasi pencapaian penting dalam kehidupan peribadi Isa.

10 karya seni yang lain dipamerkan sebagai “disiplin diri”, diilhamkan dari alam semula jadi dan keindahan struktur pokok bonsai. Potret pokok bonsai membayang dan mencerminkan hubungan manusia dengan proses dan pertumbuhan pokok bonsai.

“ Saya menerokai idea penerimaan dan perjuangan sendiri untuk menyesuaikan diri dalam sebuah masyarakat yang berasa terpolarisasi dan terasing. Pameran ini juga menjemput penonton untuk merenung pandangan dan emosi sendiri bersama.

“Karya seni ini adalah dialog visual detik-detik yang diambil ketika perjalanan saya  bermula sebagai pekerja buruh di mana saya membina rumah kampung suatu masa dahulu sehingga sebagai seorang seniman. Kisah Isa Ishak ialah kisah peribadi yang amat bermakna dan mencerminkan beberapa peranan saya,” ujarnya.

Pameran sedang berlangsung di ZHAN Art | Space, The School, Jaya One  menerangkan detik-detik tertentu yang mungkin tidak pernah kita fahami disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang agak lama di Malaysia untuk menewaskan pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
March 31, 2023· Uncategorized
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
15 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok