Beriadah boleh,  tetapi biarlah selamat

June 25, 2022 · Isu semasa

Satu kajian yang baharu dilakukan di Amerika Syarikat  mendapati pengguna basikal dan skuter elektrik berdepan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kecederaan dari menggunakan kenderaan yang sama tetapi tanpa bantuan tenaga elektrik.

Menurut Charles DiMaggio, ketua penerbit kajian jurnal Injury Prevention, mereka menggunakan data-data dari jabatan kecemasan bermula dari tahun 2000 sehingga 2017.

Data itu dikumpul oleh Suruhanjaya Keselamatan Pengguna Amerika Syarikat melalui Sistem Pengawasan Kecederaan Elektronik Kebangsaan (NEISS).

Menurut kajian terbabit, mereka yang menunggang basikal elektrik mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami kecederaan dalaman dan akan dimasukkan ke hospital berbanding dengan pengguna skuter elektrik yang akan mempunyai risiko kecederaan “concussion” atau konkusi (gegaran).

Lain pula isunya di Malaysia apabila baru-baru ini kecoh dalam laman media sosial tentang tindakan sebuah badan penguatkuasaan menyita beberapa buah skuter elektrik yang beroperasi secara terbuka di ibu negara.

Beberapa kenyataan berunsur kecaman turut diberikan oleh netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengganggu aktiviti riadah warga kota bersama keluarga terutamanya di hujung minggu.

Dalam konteks ini, rakyat Malaysia seharusnya peka tentang keselamatan di jalan raya dan memahami bahawa setiap aktiviti yang ingin dilakukan perlu ada lokasi yang bersesuaian agar tidak berlaku sebarang tragedi yang akan di­sesali di kemudian hari.

Pada 26 April lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, telah mengumumkan larangan penggunaan kende­raan mikromobiliti seperti moped, Personal Mobiliti Devices (PMD) serta Personal Mobiliti Aids (PMA).

Beliau berkata, penggunaan basikal bagaimanapun tidak dilarang, namun ia hendaklah mematuhi semua peraturan yang sudah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penggunaan kenderaan mi­kro­mobiliti menerusi percampuran dengan aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya akan menimbulkan risiko berlakunya tragedi sama seperti nahas basikal lajak yang meragut nyawa lapan kanak-kanak sebelum ini.

“Mana-mana individu yang menggunakan kenderaan ­itu di atas jalan raya boleh dikenakan kompaun sehingga RM300 seperti telah diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” tegas beliau.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Ke­selamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, jalan raya bukanlah lokasi untuk beriadah, malah ia patut dielakkan sama sekali untuk aktiviti sebegitu.

“Jalan raya merupakan milik awam yang digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan, malah tindakan untuk menjadikannya sebagai lokasi riadah bukanlah satu tindakan bijak dan boleh mengundang nahas.

“Malah, Kementerian Pengangkutan (MOT) juga telah mengumumkan larangan serta-merta penggunaan kenderaan mikromobiliti termasuklah skuter elektrik di atas jalan raya,” katanya.

Ujar beliau, sitaan oleh badan penguatkuasaan itu juga adalah tindakan tepat memandangkan kenderaan tersebut disewakan kepada umum tanpa mengambil kira keselamatan awam.

Mengulas mengenai tahap kesedaran keselamatan jalan raya, Teik Hua menyifatkan rak­yat Malaysia sebagai bersikap terlalu positif sehingga sering beranggapan bahawa kemalangan tidak akan berlaku ke atas mereka atau keluarga mereka.

“Sering kali apabila berlaku kemalangan, pelbagai alasan diberikan walaupun ia terjadi akibat kecuaian sendiri lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak kecil yang tidak peka dengan kese­lamatan jalan raya.

“Ibu bapa harus memainkan peranan yang penting, malah kerajaan juga perlu lebih tegas dalam mengenakan tindakan ke atas ibu bapa yang cuai serta membiarkan anak-anak mereka bebas bermain di atas jalan raya,” ujarnya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok