Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17

February 28, 2023 · Isu semasa

Pharmaniaga Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya, dengan peruntukan RM552 juta untuk ‘stok vaksin Covid-19 yang bergerak perlahan’ sehingga mendorong syarikat bermasalah kewangan itu berada di bawah kategori PN17.

Kebiasaannya, kategori PN17 sering diberikan kepada syarikat disenarai di Bursa Malaysia yang mengalami tekanan kewangan.

Perolehan merosot 27.1 peratus kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion berikutan terdapat permintaan yang lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin Covid-19, lapor Bernama.

“Bagaimanapun, kumpulan telah mencapai pertumbuhan menggalakkan dalam perniagaan konsesi apabila produk tambahan telah ditambah ke dalam senarai konsesi yang berkuat kuasa mulai separuh kedua 2021.

“Selain itu, terdapat juga sumbangan yang lebih baik daripada sektor swasta sebanyak kira-kira 50 peratus hasil daripada usaha jualan agresif yang ditambah dengan produk baharu yang dilancarkan ke pasaran sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat farmaseutikal itu ketika bercakap mengenai prospek pasaran tempatan memberitahu kerajaan telah melanjutkan tarikh rundingan perjanjian konsesi kumpulan kepada Jun 2023.

Perniagaannya tetap beroperasi seperti biasa semasa peringkat akhir rundingan.

Syarikat itu juga mencatatkan pertumbuhan 50 peratus dari tahun ke tahun yang menggalakkan dalam pasaran swasta dan menyasarkan untuk mengekalkan pertumbuhan pada 2023.

Dalam kenyataan berasingan, disebabkan rawatan perakaunan itu yang selaras dengan keperluan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan amalan tadbir urus baik Pharmaniaga, kumpulan itu perlu menyediakan sejumlah RM552.3 juta bagi stok vaksin.

Katanya, peruntukan yang tidak dapat dielakkan itu telah mencetuskan kriteria Nota Amalan 17 (PN17) untuk Pharmaniaga.

“Pharmaniaga mengalami cabaran tahun kewangan 2022 disebabkan penyediaan stok vaksin Covid-19 yang bergerak perlahan dengan jangka hayat tertentu dalam inventorinya.

“Ini mengakibatkan kerugian sebelum cukai dan zakat serta kerugian selepas cukai dan zakat masing-masing sebanyak RM580.8 juta dan RM605 juta,” katanya.

Mengulas perkara itu, kumpulan kini sedang berbincang dengan pelbagai pihak, baik tempatan mahupun luar negara untuk membeli vaksin dan optimis dengan hasil yang baik daripada rundingan berkenaan.

“Tanpa mengambil kira isu berkenaan, syarikat memberi jaminan kepada semua pihak bahawa ia komited untuk melaksanakan pelan regularisasi mengikut keperluan Bursa Malaysia dalam masa yang ditetapkan.

“Pelan itu akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan kedudukan kewangan serta jaminan bahawa aktiviti perniagaan syarikat akan kekal berdaya maju dengan prospek pertumbuhan,” katanya.

Syarikat itu berkata, aktiviti operasi bagi kedua-dua perniagaan konsesi dengan Kementerian Kesihatan dan perniagaan bukan konsesi dengan sektor swasta tidak akan terganggu, malah terus utuh.

“Kumpulan komited untuk memberi perkhidmatan kepada semua obligasi kewangan kepada pemberi pinjaman dan institusi kewangan lain, serta merangka pelan aliran tunai yang optimum,” katanya.

Berita berkaitan
BNS sambung semula projek LCS selepas kerajaan tandatangan perjanjian baharu
May 27, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Bursa Malaysia jatuh dua hari berturut-turut: Laporan
May 10, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
8 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
54 minit lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok