Berdepan bantahan, PKB benarkan penduduk flat diami rumah hingga 31 Julai

April 12, 2022 · Isu semasa

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) selaku pemegang hak kepada pangsapuri yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, tidak mempunyai halangan untuk membenarkan bekas pemilik unit kediaman itu untuk terus mendiami rumah berkenaan sehingga 31 Julai ini.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan PKB akan mengeluarkan surat kebenaran kepada bekas pemilik yang terlibat selepas Borang K (notis pengosongan rumah) dikeluarkan oleh JKPTG, lapor Bernama.

JKPTG mengeluarkan kenyataan itu susulan berita tular di sebuah portal tempatan mengenai penduduk kecewa selepas menerima notis pengosongan rumah pada bulan Ramadan.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru itu membabitkan 72 unit pangsapuri, 37 unit rumah teres dan satu lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad.

“Bayaran pampasan pangsapuri mula dibayar secara berperingkat pada Februari 2022. Pampasan dibayar dalam lingkungan RM198,000 hingga RM350,000 mengikut prinsip Jadual Pertama, APT 1960 (Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960).

“Mana-mana pemilik rumah yang tidak berpuas hati dengan award Pentadbir Tanah bolehlah mengemukakan bantahan melalui Borang N APT 1960 (permohonan supaya bantahan dirujukkan kepada mahkamah) dalam tempoh 42 hari dari tarikh award,” menurut kenyataan itu.

JKPTG telah mengeluarkan Borang K diiringi dengan surat iringan setelah bayaran pampasan dibayar kepada pihak berkepentingan, katanya.

Surat tersebut dikeluarkan secara pentadbiran untuk menerangkan maksud Borang K dan pengeluaran surat iringan itui adalah satu prosedur standard dalam proses pengambilan tanah bagi memaklumkan bahawa pangsapuri itu diletakhakkan kepada badan berkanun yang berkenaan iaitu PKB.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
MP PN Maran nafi soalan kampung baru berbaur hasutan, perkauman
April 14, 2023· Isu semasa
Najib guna sentimen agama untuk mempengaruhi penyokong fanatik: Mujahid
August 22, 2022· Politik
Jangan sertai protes harga barang di Kampung Baru esok: Polis
June 30, 2022· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok