Berbilion aset 1MDB dipulangkan semasa kerajaan Muhyiddin, Ismail Sabri buat apa?

October 16, 2022 · Isu semasa

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri (PM) Kelapan, usaha giat dijalankan untuk menjejak dan membawa pulang semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri semasa kerajaan UMNO memerintah sebelum ini.

Puluhan bilion berjaya dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas yang dipantau Muhyiddin sendiri, bagaimanapun semasa UMNO mengambilalih kerajaan selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijatuhkan tidak lagi kedengaran aset-aset milik negara yang berjaya dibawa pulang.

Persoalan timbul, apakah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat sepanjang beliau menjadi PM sejak dilantik pada Ogos 2021 lalu?

Malah, pasukan petugas khas sejak Ismail Sabri dilantik menjadi PM seakan tidak bermaya dan seagresif semasa kerajaan dibawah Muhyiddin yang sentiasa giat mencari jalan untuk membawa semula aset milik negara yang dirompak oleh Datuk Seri Najib Razak bersama rakan sepenjenayahnya.

Untuk rekod, semasa Muhyiddin menjadi PM Ke-8, sekurangnya-kurangnya RM20.53 bilion aset 1MDB berjaya dijejak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia, setakat November 2021.

Muhyiddin meletak jawatan pada Ogos 2021 dan penganti PM baharu selepas itu seakan tidak mengambil endah untuk meneruskan usaha pasukan petugas khas bagi membawa pulang aset yang dirompak pulang ke Malaysia.

Malah, tidak ada pengumuman terbaharu dibuat oleh pasukan petugas khas berhubung kejayaan membawa pulang aset negara sejak Ismail Sabri menjadi PM.

Adakah Ismail Sabri terlalu sibuk dengan urusan kerjanya yang lain sehinggakan terlepas pandang untuk mengutamakan urusanaset negara yang dicuri semasa era UMNO dipimpin oleh Najib sebelum ini?

Sebelum ini juga, Muhyiddin menyenaraikan menyenaraikan beberapa aset berkait 1MDB yang diperolehi semula oleh kerajaan termasuk sebuah kapal layar mewah bernilai AS$130 juta, jet peribadi bombardier bernilai AS$35 juta, dan aset-aset mewah milik Riza Aziz yang merupakan anak tiri kepada Najib iaitu sebuah rumah di London bernilai 23.2 juta pound, sebuah rumah di Berverly Hills bernilai AS$17.5 juta dan sebuah kondominium bernilai AS$35.5 juta di New York.

Bagaimanapun, apakah senarai kejayaan dibawah kerajaan Ismail Sabri dalam membawa pulang semula aset 1MDB yang dicuri oleh pemimpin UMNO terdahulu?

Malah, sepanjang Ismail Sabri menjadi PM, negara mendepani pelbagai masalah lebih meruncing, seperti isu kejatuhan nilai ringgit dan kenaikkan harga barang yang tidak ada penghujungnya.

Tidak cukup dengan pelbagai kesusahan dihadapi rakyat, Ismail Sabri juga membubarkan Parlimen pada ketika rakyat sedang berdepan kemungkinan bencana banjir bakal melanda tidak lama lagi.

Nampaknya, pandangan partinya, UMNO lebih penting daripada kepentingan rakyat jelata yang mahukan kebajikan dan nasib mereka terbela. Bagaimana rakyat mahu mengharapkan UMNO untuk menjaga mereka?

Perkara perlu dijawab Ismail Sabri ketika ini adalah “Apa beliau buat sepanjang jadi PM selain hanya sibuk dengan kempen Keluarga Malaysia” sahaja?

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
24 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
December 8, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok