Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?

January 17, 2023 · Isu semasa

Kempen Keluarga Malaysia yang dilaksanakan semasa kerajaan terdahulu dibawah Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menelan belanja ratusan juta ringgit sepanjang 17 bulan pentadbirannya.

Bagaimanapun, semua perolehan melibatkan sebaran dan komunikasi bagi menjayakan promosi kempen Keluarga Malaysia diluluskan secara rundingan terus dengan beberapa syarikat tertentu memonopoli perolehan tersebut.

Sumber memaklumkan, syarikat yang terbabit dalam mendapatkan projek melibatkan Keluarga Malaysia juga diragui memandangkan tidak memiliki penyata kewangan yang lengkap disamping mempunyai kaitan dengan individu tertentu yang rapat dengan Ismail Sabri.

Selain itu, tiada tender terbuka pernah dibuka atau diiklankan kepada umum melibatkan kempen Keluarga Malaysia, kata sumber.

Lebih meragukan, pembayaran penuh dibuat kepada vendor dan syarikat yang terlibat dalam kempen Keluarga Malaysia beberapa hari sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.

“Semua vendor dan syarikat yang terlibat dalam peroleh bernilai ratusan juta ringgit dalam kempen Keluarga Malaysia dibayar penuh sebelum berlangsung pilihan raya lalu.

“Pembayaran dibuat secara tergesa-gesa tanpa diketahui status sama ada peroleh tersebut sudah dilengkapkan atau masih belum,” kata sumber Agenda Daily.

Menurut sumber dalaman, pembayaran perolehan kempen Keluarga Malaysia itu juga dibuat kepada beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pegawai atasan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) tersebut.

Agenda Daily masih cuba mendapatkan dan menghubungi beberapa pegawai di pejabat bekas PMO tersebut bagi mengesahkan beberapa butiran berhubung pembayaran melibatkan kempen Keluarga Malaysia tersebut.

Untuk rekod, pada Julai tahun lalu semasa di Dewan Rakyat, kerajaan memberitahu sudah membelanjakan sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan kempen Keluarga Malaysia yang bermula sejak pentadbiran kerajaan Ismail Sabri.

Peruntukan RM5 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan itu diletakkan di bawah sektor pembangunan Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030/Keluarga Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abd Latiff Ahmad di Dewan Rakyat ketika itu.

Menurut Abd Latiff ia juga sedang dalam proses perolehan merangkumi pelbagai aspek termasuk pengiklanan dan promosi.

Kempen tersebut dijalankan melalui pelan komunikasi, brosur, video pendek, rakaman audio, slot televisyen, medium percetakan dan media sosial.

Bagaimanapun, sumber dalaman mendedahkan kepada Agenda Daily jumlah kos yang dibelanjakan melibatkan kempen Keluarga Malaysia jauh lebih besar daripada nilai yang diumumkan di Dewan Rakyat.

Malah, sumber juga menggesa supaya audit dalaman dilakukan melibatkan kempen Keluarga Malaysia dan ia pasti akan mengejutkan banyak pihak bagaimana wang rakyat dibelanjakan semata-mata untuk menjayakan program tersebut.

Untuk rekod konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Ismail Sabri selepas dilantik secara rasmi menjadi Perdana Menteri.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
13 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
13 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok