Berat badan kanak-kanak naik dua kali ganda ketika Covid-19

September 21, 2021 · Isu semasa

Penyebaran Covid-19 sejak Mac tahun lalu, hampir menyebabkan ramai individu terjejas teruk berikutan pelbagai sekatan dan peraturan yang dikuatkuasakan bagi mencegah penularan wabak itu.

Antara yang paling terkesan pastinya kanak-kanak, apabila mereka terpaksa menghabiskan zaman kecil dengan hanya duduk di rumah dan ini pasti akan memberi kesan kepada psikologi dan perkembangan minda mereka.

Terdapat satu kajian mengenai morbiditi dan kematian yang diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), mengenai akibat pandemik dikaitkan dengan berat badan dalam kalangan kanak-kanak.

Penyelidik mendapati dari bulan Mac hingga November tahun lalu, tahap perubahan indeks jisim badan (BMI) kanak-kanak meningkat dua kali ganda berbanding sebelum tempoh pandemik Covid-19.

Dalam kajian berkenaan, kanak-kanak itu mengalami kenaikan signifikan dalam tahap perubahan BMI mereka semasa pandemik ini melanda, kecuali bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kekurangan berat badan.

Menurut salah seorang penyelidik kajian ini, Samantha Lange berkata, kenaikan BMI adalah amat tinggi bagi kanak-kanak yang lebih kecil dan bagi mereka yang mengalami masalah obesiti.

“Pelajar sekolah dan pra-sekolah, adalah lebih tinggi yang mengalami masalah obesiti dan peningkatan BMI akibat pandemik ini berbanding golongan remaja,” katanya.

Hal ini kerana, penutupan sekolah sudah menghadkan akses kepada kegiatan fizikal dan kurangnya program berkaitan makanan sihat.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah obesiti, menunjukkan tahap peningkatan sebanyak 5.3 kali lebih tinggi semasa musim wabak ini, di mana kenaikan berat badan dapat dilihat dengan jelas.

Selama tempoh lapan bulan kajian dilaksanakan, kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti sederhana atau teruk menunjukkan kenaikan berat badan sekitar satu ke dua paun (0.45 dan 0.54 kilogram) setiap bulan.

“Kenaikan berat badan selama enam bulan dianggarkan dapat dihasilkan sekitar 6.1 dan 7.6 paun (2.8 ke 3.5 kilogram) berbanding dengan 2.7 paun (1.2 kilogram) bagi kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang sihat dan ideal,” jelas laporan tersebut.

Penyelidik menegaskan bahawa kajian ini merupakan analisis georgrafi terbesar dan yang pertama sepertinya dijalankan bagi melihat kesan wabak Covid-19 terhadap BMI, serta kajian seperti ini pertama di dunia bagi menunjukkan hasil berdasarkan kategori BMI awal. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok