
Ratu Elizabeth II.
Bendera negeri Pahang akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari berturut-turut bermula esok bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi menjunjung perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lapor Bernama.
Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau mengucapkan takziah kepada keluarga diraja United Kingdom, seluruh rakyatnya serta warga Komanwel atas kemangkatan itu.