Bendahari Bersatu dibebaskan SPRM semalam

March 4, 2023 · Isu semasa

Bendahari Agung Bersatu, Datuk Mohd Salleh Bajuri yang ditahan bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam (3 Mac 2023).

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris.

“Saya dimaklumkan Datuk Mohd Salleh Bajuri telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan dapat balik ke rumahnya pada tengah hari Jumaat,” katanya.

Hari ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan penahanan Mohd Salleh itu sebagai satu cubaan memberi tekanan kepada parti itu bagi mencari kesalahan yang tidak wujud.

Sementara itu Razali berkata penahanan Mohd Salleh itu sebagai suatu cubaan untuk memburukkan Bersatu di mata rakyat.

“Tujuan hanya untuk memberi satu pandangan pada rakyat betapa buruknya Bersatu ini.

“Saya difahamkan bukan ada kemasukan (duit) dalam akaun peribadi Mohd Salleh. Beliau hanya menjaga akaun parti malah akaun tersebut diaudit setiap tahun dan ini bermaksud akaun itu bersih selain tiada kemasukan yang meragukan.

“Jadi saya melihat kalau macam ini caranya maka saya jangkakan akan ada ramai lagi pemimpin Bersatu ditangkap dan disiasat oleh SPRM,” katanya.

Dalam pada itu, Razali menggesa kerajaan melaksanakan Akta Pendanaan Politik bagi mengetahui sumber kewangan atau dana diperoleh sesebuah parti politik.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok