Benarkan semua lompat jika tiada parti menang 50% kerusi: Tun M

July 27, 2022 · Isu semasa

Lompat parti, walaupun sepatutya tidak digalakkan, perlu dibenarkan bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan dibentuk sekiranya tiada parti yang menang lebih 50 peratus kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU), kata Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi).

Bekas perdana menteri itu berkata sekiranya tiada parti yang mampu memperoleh kerusi minimum 112 di Dewan Rakyat, lompat parti selepas PRU boleh memastikan kestabilan politik di negara ini.

“Selepas pilihan raya (umum), (jika) tidak ada satu parti yang mendapat lebih 50 peratus kerusi (dalam Dewan Rakyat) yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan, maka kita mungkin memerlukan satu lagi pilihan raya.

“Jika kerajaan minoriti dibentuk dalam tempoh itu, Dewan Rakyat boleh menjatuhkan mereka dengan mengeluarkan undi tidak percaya.

“Ya, kita boleh mengadakan pilihan raya lain tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah. Inilah sebabnya kita perlu membenarkan lompat parti, supaya kerajaan boleh dibentuk dan bukannya mengadakan pilihan raya lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat, hari ini (27 Julai 2022).

Dr Mahathir percaya jika lompat parti dilakukan oleh seluruh anggota parti ke dalam parti yang tidak cukup kerusi, kestabilan politik akan dapat dicapai.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata proses lompat parti selepas PRU mesti termasuk mendapatkan kelulusan dan sokongan majlis tertinggi pelbagai parti.

Tambahnya, proses itu juga mesti mengikut perlembagaan parti.

“”Tapi dengan syarat aktiviti itu (lompat parti) dilakukan dengan persetujuan parti mengikut undang-undang parti yang dibuat oleh kuasa tertinggi parti.

“Semoga rang undang-undang ini akan mendapat sokongan dua pertiga supaya tidak ada lagi situasi di mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang dipilih oleh rakyat akan digulingkan, manakala parti yang ditolak oleh pengundi akan berkuasa,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
1 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
1 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
1 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok