Benarkan pengeluaran KWSP, gesa Gerakan kepada kerajaan

January 4, 2023 · Isu semasa

Kerajaan digesa membenarkan pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maksima RM10,000 atau 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripada jumlah tersebut.

Gesaan tersebut dibuat parti komponen Perikatan Nasional (PN), Gerakan yang mendesak kerajaan menimbang untuk membenarkan pengeluaran akaun KWSP bagi meringankan beban rakyat ketika ini.

Naib Presidennya, Baljit Singh berkata, pengeluaran KWSP ini serba sedikit dapat membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang membebankan rakyat dan tidak stabil pada masa ini.

Menurut beliau, inisiatif tersebut sekali gus dapat meringankan beban mereka dengan kenaikan harga barang keperluan seperti telur, minyak, ayam dan lain-lain barangan di pasaran.

“Realitinya masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan lagi terutamanya kepada peminjam bank yang risau Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Baljit sehubungan itu, mencadangkan agar kerajaan berunding dengan KWSP bagi pengeluaran tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

“Contohnya pencarum hanya boleh keluarkan RM10,000 maksima dan bagi pencarum yang kurang daripada jumlah tersebut hanya dibenarkan 50 peratus daripada jumlah baki sedia ada.

“Gerakan yakin dan percaya inisiatif ini sangat membantu rakyat untuk menjadi wang simpanan juga ekoran daripada kemungkinan berlaku gelombang kedua varian baharu Covid-19,” katanya.

Beliau menambah, permainan politik patut diberhentikan kerana pilihan raya sudah selesai dan sekarang adalah masa membantu rakyat.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok