Benarkah vaksin berisiko kepada individu yang akan dibedah?

September 17, 2021 · Isu semasa

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini mempunyai kadar vaksinasi yang merupakan antara tertinggi di dunia, dengan pemberian mencecah 500,000 dos sehari yang direkodkan pada bulan Julai.

Vaksin dapat melindungi orang ramai daripada dijangkiti lalu menyebarkan virus tersebut, selain berpotensi untuk menghidap penyakit yang serius. Antara cabaran yang terpaksa dilalui untuk menggiatkan program vaksinasi ini ialah tanggapan negatif daripada warga umum di samping maklumat salah yang sering disebarkan mengenai vaksin, dibelakangi oleh golongan anti vaksin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), risiko berlakunya reaksi negatif yang serius adalah lebih rendah berbanding risiko penyakit berbahaya atau kematian yang disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19.

Pakar Anestesiologi & Penjagaan Kritikal Hospital ALTY Orthopedic berkata,  Dr. Mohamad Fadhil Hadi, berkata, vaksin Covid-19 telah dibangunkan menerusi sains dan penyelidikan yang berusia berdekad lamanya.

“Vaksin ini  telah melalui semua peringkat ujian klinikal yang diwajibkan, termasuk ujian dan pemantauan ekstensif yang membuktikan bahawa vaksin ini adalah selamat dan berkesan.

“Pada masa yang sama, kita juga sedang melihat penularan mitos yang berkaitan dengan pemberian vaksin. Antara maklumat salah yang disebarkan baru-baru ini adalah mengenai risiko berlakunya reaksi negatif daripada prosedur anestesia, khususnya bagi mereka yang telah divaksinasi,” katanya.

Tambah beliau, kenyataan ini telah disangkal oleh Persatuan Pakar Anestesiologi Malaysia dan Kolej Pakar Anestesiologi, Akademi Perubatan Malaysia dan setakat ini, tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkan kenyataan yang tidak berasas ini.

Berlatarkan situasi ini, para pesakit kini perlu memahami sedikit sebanyak mengenai anestesia. Anestesia ialah rawatan yang dibuat menerusi pemberian ubat yang dinamakan anestetik untuk mengelakkan pesakit daripada merasai kesakitan ketika menjalani pembedahan atau prosedur perubatan.

“Jenis anestesia yang akan digunakan lazimnya ditentukan oleh pakar anestesiologi mengikut prosedur yang akan dijalankan. Mereka akan menentukan kaedah yang terbaik setelah membuat pemeriksaan kesihatan secara teliti di samping memastikan tubuh pesakit bersedia untuk menjalani sebarang prosedur.

“Lebih baik jika pesakit membuat rawatan pra pembedahan dan merujuk doktor atau pakar anestesiologi masing-masing untuk menjadualkan atau merancang prosedur yang dipilih dengan sewajarnya. Ketika sesi ini, saya akan menggalakkan pesakit untuk menunjukkan rekod perubatan mereka, berbincang mengenai pengalaman lampau melibatkan anestesia, dan menjawab sebarang pertanyaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Mohamad Fadhil  menasihatkan untuk berehat selama beberapa hari selepas mereka mengambil suntikan vaksin Covid-19, jika ia merupakan kes elektif.

Ini adalah kerana sesetengah pesakit mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti demam, sakit otot atau loya selepas vaksinasi, yang lazimnya akan berlaku.

“Bagaimanapun, dalam situasi kecemasan yang misalnya melibatkan isu patah tulang atau kecederaan pada tulang belakang, kami akan menyegerakan prosedur tersebut.

“Orang ramai cenderung untuk merungkai ketidakpastian dengan memperoleh informasi dari platform media sosial. Namun begitu, kita perlu memastikan maklumat yang diperoleh adalah daripada sumber yang boleh dipercayai. Anda boleh merujuk doktor anda secara bersemuka atau melalui perkhidmatan telekesihatan bagi mendapatkan nasihat dan maklumat mengenai perubatan.

“Percayalah bahawa Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang teriktiraf di persada antarabangsa, malah kita turut menduduki tangga pertama di dunia sebagai pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik yang menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia serta infrastruktur yang bersofistikasi tinggi, dianugerahkan oleh International Living pada 2019,” ujarnya.

Justeru, orang ramai patut berasa lebih yakin terhadap kakitangan kesihatan di Malaysia kerana mereka bersedia untuk membekalkan pengalaman yang terbaik buat kita semua.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok