Belum sempat pendakwa soal balas, Zahid mohon tangguh kes YAB

June 27, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraannya sebelum pihak pendakwaan mula menyoal balasnya dan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan permohonannya mendapatkan kenyataan yang diberikan 11 saksi.

Zahid bagaimanapun menegaskan, dia tidak mahu menangguhkan perbicaraan kes Yayasan Akalbudi (YAB), dengan alasan bahawa kenyataan yang direkodkan daripada 11 saksi itu adalah perlu baginya untuk memberikan “pembelaan sepenuhnya” untuk dirinya dalam perbicaraan ini.

Dalam permohonan yang difailkan pada 23 Jun, Zahid memohon Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraannya sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan rayuannya bagi keterangan 11 saksi yang direkodkan penyiasat.

Dalam afidavit menyokong permohonannya, Zahid menyediakan kronologi peristiwa yang membawa kepada penghujahan, termasuk bagaimana dia pada 24 Januari diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri terhadap semua 47 pertuduhan dalam perbicaraan itu selepas 99 saksi pendakwaan memberi keterangan.

Sambil menyatakan bahawa pihak pendakwaan sebelum ini menawarkannya 37 saksi untuk dipanggil memberi keterangan dalam pembelaannya, Zahid berkata peguamnya pada 18 Februari memohon kenyataan yang diberikan oleh 18 saksi kepada penyiasat untuk menyediakan pembelaannya.

Tetapi Mahkamah Tinggi pada 9 Mei menolak permohonannya untuk mendapatkan kenyataan saksi dan peguamnya pada 10 Mei memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, dengan ianya dijadualkan untuk pengurusan kes hari ini.

Zahid berkata kenyataan yang diberikan 11 saksi kepada penyiasat sebelum ini akan memberi kesan kritikal terhadap pembelaannya, sambil menambah bahawa ini kerana akan ada pengesahan antara keterangan mereka dan keterangannya di mahkamah.

Ingin memberikan penjelasan lanjut mengenai 14 pertuduhan pecah amanah dan rasuahnya, dia juga berhujah bahawa haknya untuk perbicaraan adil akan terjejas jika dia tidak diberikan keterangan 11 saksi itu.

“Selain itu, saya juga menyatakan bahawa saya ingin memberikan pembelaan penuh dalam pemeriksaan utama saya di mahkamah ini sebelum saya disoal balas.

“Saya juga dinasihatkan agar permohonan ini penting supaya proses keadilan dapat ditegakkan. Permohonan ini bukan bertujuan melengahkan perbicaraan kes saya kerana saya sudah memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama di mahkamah ini,” katanya menurut MalayMail.

Saksi pembelaan di mahkamah seperti Zahid, lazimnya melalui tiga peringkat, iaitu pemeriksaan utama di mana mereka boleh memberi keterangan dan ditanya soalan oleh peguam bagi menjelaskan keterangan mereka.

Manakala peringkat pemeriksaan balas ialah apabila pihak pendakwaan akan menyoal saksi-saksi, dan peringkat pemeriksaan semula ialah apabila peguam bela akan bertanya soalan untuk membolehkan saksi menjelaskan keterangan mereka.

Zahid memberi keterangan sejak 13 April, dengan hari ini merupakan hari ketujuh keterangannya sebagai saksi pembelaan di peringkat pemeriksaan utama.

Berhujah bahawa beliau tidak boleh memberi keterangan secara berperingkat kerana ia didakwa akan menjejaskan pembelaannya, Zahid berkata permohonan untuk menangguhkan perbicaraan ini bertujuan memastikan dia mendapat perbicaraan adil dalam menyediakan pembelaan.

“Justeru, saya menegaskan dan menyatakan adalah wajar dan adil untuk saya mendapatkan penangguhan perbicaraan buat sementara waktu sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan salinan keterangan saksi sebelum saya diperintahkan oleh mahkamah untuk diperiksa balas,” katanya.

Pada pengurusan kes bagi penangguhan permohonan Zahid pagi ini, pihak pendakwaan berkata mereka akan membantah permohonan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian menetapkan 7 Julai sebagai tarikh pendengaran permohonan itu.

Perbicaraan kemudiannya diteruskan hari ini, dengan Zahid memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama membaca kenyataan bertulisnya dan menjawab soalan peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Pada 24 Januari lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjawab semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Sequerah memerintahkan Zahid, membela diri atas pertuduhan tersebut setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Zahid, didakwa menggunakan dana YAB untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah, dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Presiden UMNO itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Berita berkaitan
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
12 jam lalu· Isu semasa
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
12 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
15 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
17 jam lalu· Politik
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
4,071 kes semalam, 7 kematian
August 19, 2022 · Isu semasa
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
10 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
11 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok