Belum putuskan representasi Zahid, Peguam Negara tunggu siasatan SPRM

August 1, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, representasi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih belum diputuskan kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) menunggu hasil siasatan lanjut berhubung fakta dan bukti baharu yang dikemukakan pihak pembelaan.

Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan, siasatan masih dijalankan oleh pasukan petugas khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihaknya menunggu maklum balas sebelum memutuskan representasi berkenaan.

“Tiada keputusan representasi pada peringkat ini kerana pihak kami masih menunggu hasil siasatan pasukan petugas khas,” katanya ketika memaklumkan perkembangan representasi berkenaan, lapor Utusan.

Pada 10 April lalu, mahkamah diberitahu, Timbalan Perdana Menteri itu mengemukakan representasi kepada AGC yang mengandungi fakta dan bukti baharu dalam usaha menggugurkan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang kini di peringkat pembelaan.

Sehubungan itu, perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung dengan mendengar keterangan saksi pembelaan keenam, Datuk Mohd Kamal Abdullah, 65 yang juga pegawai khas Zahid.

Presiden UMNO itu mengemukakan representasi melebihi 200 muka surat mengandungi isu kompleks yang dihantar terus kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai asas untuk pertimbangan agar pertuduhan yang dihadapinya digugurkan.

Dokumen mengandungi beberapa peringkat itu pertama kali dihantar kepada AGC pada Januari lalu dan selanjutnya pada akhir Februari lalu.

Representasi itu turut disertai surat bertarikh 20 Februari lalu daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang memaklumkan agensi itu melakukan siasatan lanjut terhadap fakta dan bukti baharu yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Ahmad Zahid, 70 dibicarakan atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn. Bhd..

Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku menteri dalam negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
1 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
1 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
24 jam lalu· Politik
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
1 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
4 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
4 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
4 jam lalu · Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok