Belum putus laksana semula GST: PM

June 5, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berusaha untuk meredakan kebimbangan orang ramai berhubung cadangan melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang menjadi kontroversi sejak 2015 lalu untuk meningkatkan tabungan kerajaan.

Beliau berkata kenyataannya yang dilaporkan mengenai kemungkinan membawa balik cukai penggunaan telah disalah anggap oleh ramai pihak sebagai satu kepastian apabila beliau hanya berkata bahawa kerajaan perlu mencari jalan untuk meningkatkan hasil Malaysia.

“Ramai membuat kesimpulan apabila saya berkata kita tidak menolak kemungkinan itu, tetapi saya juga berkata kita akan menjalankan kajian kerana kerajaan mengalami kerugian dalam kutipan hasil apabila kita bertukar daripada GST kepada SST (cukai jualan dan Perkhidmatan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu di Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Jadi banyak pertimbangan yang perlu dilihat. Apakah kesan akhirnya, sama ada harga barang akan meningkat, sama ada tepat pada masanya sekarang atau beberapa tahun kemudian.

“Jangan risau, bila tiba masanya kami akan dedahkan dan umumkan. Tetapi buat masa ini, ini masih pada peringkat semakan,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa keutamaannya kekal untuk menangani kebimbangan orang ramai tentang kos sara hidup dan bahawa sebarang perubahan dasar yang dimaksudkan, terutamanya mengenai cukai baharu, perlu melalui prosedur yang sewajarnya.

“Kita mahu apa yang hendak diumumkan diterima oleh rakyat, bukan ditolak oleh mereka,” katanya.

Tetapi walaupun beliau mengakui persepsi negatif masyarakat terhadap GST, Ismail Sabri berkata tidak banyak pilihan untuk meningkatkan hasil.

Ketika lawatan kerja ke Tokyo bulan lepas, Ismail Sabri memberitahu akhbar kewangan Jepun Nikkei Asia bahawa kerajaannya sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula GST kerana negara telah kehilangan RM20 bilion hasil tahunan selepas cukai yang sangat tidak popular itu dimansuhkan.

Malaysia beralih kepada sistem GST ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada April 2015, namun kadar enam peratus dikritik hebat pembangkang dan kumpulan pengguna, sekali gus dikatakan antara penyumbang kepada kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran selepas PH menerajui kerajaan, membatalkan GST sebagai memenuhi janji pilihan raya dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Berita berkaitan
Sidang Dewan Rakyat Kedua, isu rasuah Menteri DAP dan pegawai dijangka hangat
May 22, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Jika tidak cukup, harus bagi kerajaan kutip cukai :Mufti P.Pinang
May 15, 2023· Isu semasa
Sudah jadi PM pun masih mengigau, kata Hamzah kepada Anwar
May 6, 2023· Politik
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok