Belum mula berkempen, sudah banyak SOP dilanggar di Melaka: Hishammuddin

October 26, 2021 · Isu semasa

Larangan berhimpun yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah wajar ia memandangkan walaupun belum bermula kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah banyak pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kesan dalam program sosial.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan keputusan KKM yang tidak membenarkan sebarang majlis dan aktiviti berkaitan PRN Melaka bagi membendung penularan Covid-19, malah memberi contoh beberapa majlis dan perhimpunan sosial yang dianjurkan gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Saya percaya KKM membuat keputusan berdasarkan apa yang berlaku beberapa hari sebelum yang mana kita tengok banyak perhimpunan dan majlis yang dianggap sosial, namun ada kaitan pilihan raya.

“Ia melibatkan ramai individu berkumpul.. lebih 50% daripada yang ditetapkan SOP biasa. Ramai tidak memakai pelitup muka dan penjarakan sosial pun tidak dipatuhi.

“Itu trend yang kita tak boleh benarkan ketika ini,” katanya semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau juga menjelaskan parti politik tidak wajar menyamakan dengan kebenaran program dan aktiviti yang diberikan dibawah Fasa Empat kerana PRN adalah perkara yang berbeza.

“Memang majlis kahwin, kenduri dan majlis rasmi dibenarkan di bawah Fasa Empat, tetapi saya nak ingatkan tak boleh kita samakan suasana Fasa Empat dan suasana PRN,” katanya lagi.

Katanya, kerajaan mengambil pengajaran daripada pengalaman sebelum ini semasa PRN Sabah sehingga mengundang kemarahan rakyat terhadap ahli atau parti politik.

“Kita belajar daripada pengalaman sebelum ini, jadi SOP yang kita ketengahkan semasa PRN Sabah dikemaskini untuk Melaka, dan sekiranya ada keperluan untuk pilihan raya kecil atau PRN lain, Majlis Keselamatan Negara akan membantu dari segi konsistensi dan menyesuaikan apa yang ada (SOP) mengikut keadaan semasa,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan larangan semua bentuk majlis dan perhimpunan berkaitan PRN Melaka, termasuk pelancaran jentera pilihan raya, berkuat kuasa esok hingga 27 November depan.

Larangan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dibuat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak akibat PRN Melaka.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok