Belum kesan Omicron XBB di Malaysia: Noor Hisham

October 13, 2022 · Isu semasa

Mutasi baharu subvarian Omicron dinamakan varian XBB yang setakat ini dikesan di Singapura belum memasuki di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan mengikuti perkembangan berhubung varian berkenaan yang turut dikenali sebagai BA.2.10.

“Kita memang menjalankan pemantauan rapi (dan) setakat ini, saya semak dengan IMR (Insitut Penyelidikan Perubatan) masih tidak ada lagi kes yang dilaporkan di negara kita.

“Bagaimanapun, kita pantau varian ini bagi mengelak kemasukan ke dalam negara dengan mengadakan saringan secara berkala dan pintu sempadan negara dengan prosedur operasi standard (SOP),” katanya memetik laporan BH hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Penglihatan Sedunia Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, hari ini.

Mengulas mengenai kes positif Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia memainkan peranan dalam mengurangkan risiko jangkitan.

Katanya, ketika ini, sebanyak 1,000 hingga 2,000 kes positif dilaporkan setiap hari namun kebanyakan kes berada pada tahap satu dan dua.

“Malah, kes parah yang masuk wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi), kita tak nampak peningkatan kes, sebaliknya berlaku penurunan katil ICU dan wad.

“Setakat ini, Alhamdulilah masih terkawal tetapi kita masih menjalankan saringan berkala dan setakat ini, walaupun virus ini sentiasa bermutasi (kita pantau) sama ada mutasi yang terkini ini akan menyebabkan satu lonjakan kes dan kemasukan ke hospital,” katanya.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata, kadar liputan vaksinasi yang tinggi juga tidak menunjukkan lonjakan kes walaupun pintu sempadan dan semua sektor sudah dibuka pada 1 April lalu.

“(Sebelum ini) kita menjangkakan ada lonjakan kes antara 20,000 hingga 25,000 setiap hari pada akhir Mei selepas Aidilfitri, tetapi perkara ini tidak berlaku.

“Ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi dan tindakan kesihatan awam. Sekarang kita juga ada ubat untuk rawatan berbeza berbanding pada 2020 kerana ketika itu kita tidak ada vaksin, ubat anti virus yang mujarab dan kit ujian kendiri untuk mengesan kes positif dengan lebih cepat,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
11 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok