Belum dapat kebenaran untuk ekstradisi Nur Sajat: PDRM

October 15, 2021 · Isu semasa

Pihak berkuasa Thailand masih belum memberi kebenaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat untuk dibawa pulang ke Malaysia ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, mereka masih belum menerima sebarang jawapan dari pihak berkuasa Thailand terhadap permohonan sebelum ini untuk membawa pulang Nur Sajat.

“Tiada perkembangan lanjut mengenai kes itu. Kita masih tunggu jawapan daripada pihak berkuasa Thailand membabitkan proses ekstradisi usahawan berkenaan,” katanya lapor sebuah portal.

Jelasnya, sebarang proses untuk membawa pulang Nur Sajat bergantung kepada pihak berkuasa Thailand.

“Kita terikat dengan undang-undang negara berkenaan untuk membawa pulang usahawan itu. Maka, kita perlu tunggu perkembangan daripada mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Nur Sajat ditahan Imigresen Thailand pada 8 September lalu kira-kira jam 6 petang kerana memiliki pasport tidak sah.

Usahawan itu kemudian dikatakan dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara itu.

Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September, bagaimanapun dibebaskan pada keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok