Bella hadir di mahkamah untuk pengecaman hari ini

June 17, 2022 · Isu semasa

Enam kanak-kanak, termasuk Bella, 13, adalah antara yang dipanggil ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, untuk prosiding pengenalan dalam perbicaraan terhadap pengasas Rumah Bonda.

Lima lagi kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun itu juga sebelum ini berada di bawah jagaan pengasasnya, Siti Bainon Ahd Razali.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Isralizam Sanusi bahawa individu itu akan dikenal pasti oleh saksi utama pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Yasmin Nahar Mahmood, 19; dan Zurianty Sudin, 39.

Dia dibawa ke bilik saksi pada jam 9.50 pagi tadi oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Peguam pemerhati Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam serta Mohd Radzi Yatiman turut hadir menyambut kanak-kanak sindrom down itu yang didakwa menjadi mangsa penderaan.

Sebelum ini, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
10 jam lalu· Politik
Penganggur didakwa bunuh teman wanita berusia 16 tahun
11 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
11 jam lalu· Isu semasa
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
6 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok