Belia penggerak utama era digitalisasi, kata Muhyiddin

June 21, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha menggilap potensi dan meningkatkan keupayaan belia perlu dilakukan kerana golongan itu mampu menjadi penggerak utama dalam era digitalisasi dengan memanfaatkan aplikasi digital bagi menjana sumber pendapatan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata belia juga memainkan peranan penting ke arah memacu pembangunan negara yang mampan dan inklusif pasca pandemik.

Beliau berkata generasi muda perlu meneroka peluang untuk menceburi bidang-bidang baharu bagi memacu agenda pendigitalan selari dengan inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang telah dilancarkan kerajaan Februari tahun lepas.

“Antara cabaran utama belia masa kini adalah perubahan kehendak pasaran yang semakin dinamik di seluruh dunia, khususnya pemadanan kemahiran.

“Belia perlu dilengkapi dengan kemahiran berasaskan teknologi digital melalui penyesuaian norma baharu dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya menurut Bernama.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) berkata demikian ketika berucap pada program #RUANGBELIA Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin anjuran MASA di ibu negara hari ini.

Beliau berkata menerusi kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, pembangunan Model Baharu Pembangunan Belia yang holistik sudah pasti dapat menepati aspirasi belia dalam melahirkan pemimpin yang berdaya saing dan kalis cabaran masa depan di peringkat global.

Sementara itu Muhyiddin berkata kerajaan juga perlu terus mendengar dan memberi perhatian terhadap suara dan pandangan generasi muda di peringkat akar umbi agar mereka dapat terus menyumbang ke arah perancangan dasar kerajaan dan pembangunan negara.

“Langkah ini penting untuk memastikan supaya segala dasar dan inisiatif kerajaan kekal relevan dengan mengambil kira aspirasi dan keperluan semasa belia yang menjadi antara golongan paling terkesan.

“Saya sendiri berpeluang bertemu dengan ramai anak muda di lapangan dari Semenanjung sehinggalah ke Sabah dan Sarawak… Saya turut mengadakan perjumpaan bersama pucuk pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam memperkukuh landasan pembangunan golongan belia di negara kita,” katanya.

Muhyiddin berkata sebagai kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN), MPN akan terus mengadakan siri libat urus untuk mengumpul pandangan dan input daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia ke arah pelaksanaan PPN 2.0 yang sedang dirangka.

“Melalui platform seperti ini #RuangBelia, saya berharap saudari sekalian dapat bersama-sama merungkai isu semasa, especially those bread and butter issues affecting the rakyat, serta memberi pandangan konstruktif yang boleh menyumbang kepada usaha pemulihan negara secara menyeluruh,” katanya.

Berita berkaitan
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu· Isu semasa
Belia perlu jauhi gejala rasuah dan salah guna kuasa: Faizal Azumu
June 5, 2022· Isu semasa
PM kena bincang dulu dengan PN sebelum bubar Parlimen: Muhyiddin
March 12, 2022· Politik
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022· Politik
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
8 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok