Beli nasi ganja guna helikopter, pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ didakwa

May 9, 2022 · Isu semasa

Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk yang menerbangkan sebuah helikopter untuk mengambil pesanan bungkusan nasi ganja di Padang Ipoh didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi pelan penerbangan, tahun lepas.

Tertuduh Mohamed Raffe K. Chekku, 53, yang mengaku tidak bersalah didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Padang Ipoh di sini kira-kira pukul 9.50 pagi hingga 10 pagi, 23 Julai 2021, lapor Bernama.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamed Raffe didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam ‘Civil Aviation Directive 2 – Rules of the Air’ di bawah Chapter 3.

Ia tidak mematuhi ‘Flight Plan’ yang dikemukakan apabila telah membuat pendaratan sebuah pesawat jenis Bell 505 nombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi selain daripada Aerodrome yang dinyatakan dalam Flight Plan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis dan kesalahan itu dikemukakan mengikut Peraturan 77(2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 206 (3)(a) peraturan yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi seorang individu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu.

Jesseca membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Helikopter bawa staf KKM terhempas di Brinchang, 6 terselamat
October 26, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir Ipoh meningkat, dua pusat pemindahan dibuka
October 5, 2022· Isu semasa
Ketika UMNO desak PRU-15, beberapa kawasan di Ipoh banjir selepas Johor
October 4, 2022· Isu semasa
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
2 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
15 jam lalu · Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok