Belanjawan dibentang semula jika PRU sebelum Bajet 2023 dilulus

October 7, 2022 · Isu semasa

Belanjawan baharu perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan sebelum Bajet 2023 diluluskan oleh Parlimen.

Pembentangan semula itu perlu dilakukan oleh kerajaan baharu yang dibentuk setelah keputusan PRU-15 diketahui.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembentangan semula belanjawan negara pernah berlaku pada 1999 ketika kerajaan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini pernah berlaku sebelum ini. Jadi, kalau rujuk balik apa yang berlaku pada 1999 apabila pembubaran Parlimen berlaku selepas belanjawan dibentangkan.

“Belanjawan dibentangkan semula, jadi, itulah yang akan berlaku jika ada pembubaran (selepas ini),” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini (7 Oktober 2022), menurut MalaysiaKini.

Beliau menjelaskan sekiranya pun belanjawan dibentangkan semula ia tetap tidak akan menggagalkan tujuan bajet yang disediakan Kementerian Kewangan.

Ditanya mengenai mengenai kedudukan Bajet 2023 dan statusnya selepas ini, Tengku Zafrul meminta media bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya tidak timbul isu belanjawan bertindih jika ia dibentangkan sekali lagi kerana Parlimen dibubarkan sebelum ia diluluskan.

“Tidak, tidak ada asas apa yang anda katakan tadi,” katanya merujuk kepada soalan yang ditanya wartawan.

Tengku Zafrul menambah, belanjawan disediakan dengan memberi tumpuan kepada hala tuju masa depan negara, jangkaan ekonomi dan seumpamanya untuk tahun depan.

Pembentangan Bajet 2023 menjadi tanda tanya hingga ke saat akhir apabila ada desas-desus yang mendakwa Ismail Sabri akan mengumumkan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Tengku Zafrul membentangkan bajet defisit melibatkan peruntukan berjumlah RM372.34 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Dalam Bajet 2023, sebanyak RM94.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, yang tertinggi setakat ini, berbanding peruntukan untuk 2022 sebanyak RM71.2 bilion.

Di bawah perbelanjaan ini, peruntukan yang disalurkan kepada pertumbuhan ekonomi meningkat dua peratus, mengambil hampir satu perlapan daripada jumlah perbelanjaan pembangunan.

Berita berkaitan
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Pengguna beralih daripada beli beras import ke beras tempatan, kata Mat Sabu
September 19, 2023· Isu semasa
Rakyat hormat undang-undang, tapi kerajaan bebas perasuah: MP Pasir Puteh
September 14, 2023· Politik
UMNO kekal pendirian tak bertanding solo, Isham belum dipecat
September 14, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
4 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok