Belanjawan 2023 kekal dibentang 28 Oktober bukan September

August 26, 2022 · Isu semasa

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah mengesahkan tiada perubahan tarikh bagi pembentangan Belanjawan 2023 setakat ini dan ia kekal seperti dijadualkan dalam kalendar Parlimen pada 28 Oktober depan.

“Tarikh Belanjawan 2023 telah diumumkan iaitu pada 28 Oktober 2022 sepertimana takwim Dewan Rakyat yang sudah menjadi pengetahuan umum.

“Saya tiada maklumat itu (mengenai pembentangan akan disegerakan pada bulan depan). Setakat ini, ia kekal (pada 28 Oktober),” katanya.

Mohd Shahar berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal mengenai dakwaan bahawa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipercayai akan membentangkan belanjawan itu lebih awal untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Futurise Sdn Bhd dan Iskandar Investment Bhd Ventures (IIBV) bagi membangunkan sukan dron di Medini Iskandar Malaysia di sini hari ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Futurise Rosihan Zain Baharudin bagi pihak Futurise, manakala IIBV diwakili Pengarah Urusannya Zulfiqar Zainuddin.

Sementara itu, mengulas mengenai desakan beberapa persatuan pengguna yang menuntut supaya Bank Negara Malaysia (BNM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat bank yang terlibat dengan kehilangan wang simpanan pelanggan, Mohd Shahar berkata institusi kewangan perlu bertanggungjawab sekiranya isu tersebut timbul akibat kecuaian bank.

Beliau berkata BNM giat melakukan pemantauan terhadap isu tersebut yang kini menjadi tumpuan serta telah beberapa kali dibangkitkan dan dijawab dalam persidangan Dewan Rakyat sebelum ini.

“Sesiapa sahaja yang merasakan mereka dianiaya, mereka boleh melaporkan kepada pihak polis atau bank masing-masing kerana itu prosedur sedia ada.

“Sudah pasti kita (kerajaan) akan mengarahkan institusi kewangan untuk melihat sekiranya kecuaian itu berlaku di bawah pihak mereka, maka institusi kewangan perlu bertanggungjawab,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022· Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022· Isu semasa
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022· Politik
Kerajaan pertimbang cadangan MPN supaya PKS diberikan moratorium
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi PPS dibuka di kawasan Parlimen Mat Maslan, mangsa naik 29 orang orang
October 6, 2022 · Isu semasa
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
11 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok