Belanjawan 2020 beri fokus khas kepada sektor pelancongan

October 9, 2021 · Isu semasa

Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober depan memberi tumpuan khas dalam usaha menggerakkan semula sektor pelancongan negara selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata industri pelancongan merupakan satu-satunya industri yang paling terjejas dengan pandemik dan paling lambat untuk pulih semula.

Oleh itu katanya Kerajaan Pusat akan memberikan tumpuan khas kepada sektor itu dalam Belanjawan 2022 bagi membantu memulihkannya.

Beliau berkata sektor pelancongan adalah penting dan merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Belanjawan 2022 akan memberikan fokus kepada pemain-pemain sektor pelancongan untuk membantu mereka bangun semula selepas terkesan dengan pandemik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi libat urus bersama peneraju-peneraju sektor pelancongan Pulau Pinang hari ini.

Antara cabaran utama yang dibangkitkan oleh para pemain industri pelancongan tersebut adalah masalah modal kerja atau aliran tunai kerana mereka telah begitu lama tidak dibenarkan beroperasi.

Terdahulu, Zafrul yang mengadakan jelajah Belanjawan di Pulau Pinang hari ini telah melawat kilang Intel Malaysia, mengadakan sesi “Focus Group” bersama peneraju industri elektrik dan elektronik sebelum mengadakan mesyuarat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Zafrul berkata kerajaan akan terus mendengar suara-suara rakyat dan industri dalam menyediakan Belanjawan 2022 agar ia dapat memberi manfaat kepada semua.

“Kerajaan persekutuan telah membelanjakan hampir RM10 billion untuk Pulau Pinang yang memanfaatkan 655,000 penduduk dan 106,000 peniagaan di Pulau Pinang sehingga September tahun ini,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan terus berkerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi mengatasi masalah kekurang tenaga kerja mahir dalam sektor pembuatan.

Katanya, walaupun sektor pembuatan merupakan sektor yang mencatatkan peningkatan yang positif dalam tempoh enam bulan tahun ini, mereka masih menghadapi masalah tenaga kerja mahir.

“Ini adalah isu yang kita perlu terus tangani jika kita mahu menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) …mereka melabur bukan semata-mata pemberian insentif tetapi disebabkan individu serta tenaga kerja berkemahiran yang sedia ada di Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok