Belanja RM400 juta pun Kerajaan PKR Selangor gagal tangani Covid-19?

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada November 2020, Kerajaan PKR Negeri Selangor dengan bangga mengumumkan peruntukan besar bernilai RM400 juta untuk menangani penularan pandemik Covid-19, tapi apa gunanya dengan peruntukan bersaiz besar itu tapi kes setiap hari masih tinggi di negeri maju itu.

Malah, pelantikan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pengerusi Selangor Task Force for COVID-19 (STFC) yang sudah genap setahun lebih pun nampaknya tidak memberi sebarang kesan, nampak lebih macam makan gaji buta sahaja.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga tidak tahu apa yang sedang dilakukannya, sampai masalah katil tidak cukup di hospital negeri pun gagal ditangani.

Exco Kesihatan Kerajaan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini pada 9 November tahun lalu berkata sebanyak RM2.96 juta dibelanjakan dalam melaksanakan saringan komuniti di kawasan zon merah, persoalannya hampir semua di negeri itu kini berada dalam zon merah.

Hampir semua daerah di Selangor berada dalam zon merah, bagaimanapun warga Selangor mahu melakukan ujian saringan pun tidak tahu kewujudan pusat saringan komuniti yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri.

Terbaharu, ibu negeri Selangor, Shah Alam kini hampir menjadi zon perang apabila semua lokaliti penduduk di kawasan tersebut mencatatkan peningkatan kes jangkitan virus membunuh itu.

“Sehingga kini Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi dalam negara (4140 kes) dan Shah Alam sebanyak 941 kes. Kita tidak mahu, Shah Alam sebagai Bandaraya Pendidikan menjadi pusat penyebaran Covid-19 pula!

“Kami menyeru Kerajaan PKR Selangor mengambil langkah segera untuk membendung penularan ini. SELangkah yang gagal, jangan pula warga Shah Alam menjadi mangsa!” kata Perikatan Nasional Shah Alam (PKN) dalam satu kenyataan.

Ketua PKN Shah Alam, Dr Afif Bahardin menyifatkan kerajaan negeri gagal menangani kes penularan Covid-19 malah gagal mengambil tindakan segera bersepadu khususnya daripada wakil rakyat di negeri tersebut yang hanya tahu menyalahkan Kerajaan Pusat dalam isu menangani penularan wabak itu.

“Kerajaan Negeri Selangor juga jangan asyik menyalahkan Kerajaan Pusat sedangkan Kerajaan Negeri lah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan ini kerana tidak adanya tindakan segera yang bersepadu serta proaktif dari ADUN, Ahli Parlimen malah Kerajaan Negeri sendiri.

“Sebagai seorang doktor perubatan, saya ingin menasihati warga Shah Alam supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan elakkan keluar rumah sekiranya tidak perlu,” katanya lagi.

Setiap hari apabila statistik jangkitan Covid-19 diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor menjadi juara dalan senarai semua negeri dengan jumlah kes tertinggi setiap hari.

Bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly yang sepatutnya menjalankan tugas memantau, mengawasi serta memberikan pendidikan kepada rakyat Selangor berhubungi Covid-19 pun tidak tahu apa yang sedang beliau lakukan.

Yang kita tahu, Dr Dzulkefly hanya akan menyalahkan Kerajaan Pusat setiap kali kes meningkat dan jika peruntukan RM400 juta boleh diluluskan tanpa perlu nasihat Kerajaan Pusat, mengapa semua tindakan untuk menangani Covid-19 perlu menunggu Kerajaan Pusat?

POPULAR