Beku akaun pendeposit TH culas bayar nafkah, cadang Hakim Syarie

March 25, 2022 · Isu semasa

Akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang culas membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak dicadang dibekukan.

Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah itu bertujuan memastikan setiap pendeposit yang merupakan bakal jemaah haji bebas daripada sebarang hutang terutama hutang tuntutan nafkah, lapor Bernama.

Beliau berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengadakan pertemuan dengan Lembaga Tabung Haji minggu depan bagi membincangkan keperluan membekukan akaun pendeposit yang culas membayar tuntutan nafkah itu.

“Mereka ini (pendeposit) perlu lunaskan hutang nafkah sebelum menunaikan rukun Islam kelima. Cara ini dapat bantu bekas suami yang zalim (tidak bayar nafkah) agar bebas hutang, lagi-lagi melibatkan hutang dengan orang terdekat (bekas isteri dan anak-anak).

“Kita ingin pastikan mereka tunai ibadah haji sebagai seorang hamba Allah yang bebas hutang,” katanya pada sidang media berhubung isu hiwalah (pemindahan hutang) dan perintah nafkah bersama pembubaran perkahwinan di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata cadangan itu merupakan tindakan susulan daripada pengumuman kerajaan berhubung pembekuan akaun bank melibatkan kes culas membayar tuntutan nafkah.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pembekuan ke atas akaun bank bekas suami yang ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri sebagai menghargai dan menjaga kepentingan wanita, khususnya yang diceraikan suami.

Mohd Na’im berkata JKSM juga dalam perancangan untuk bertemu dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi mengusulkan perkara sama.

“Lepas jumpa TH, akan berjumpa dengan PNB untuk cadang bekukan pegangan saham mana-mana pemegang saham yang culas bayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak,” katanya.

Berita berkaitan
Hamzah sahkan akaun peribadi dan isteri dibekukan, dakwa bermotif politik
August 24, 2023· Politik
Lebih RM1 juta masuk akaun Rosmah antara 2014-2017: Saksi
August 24, 2023· Isu semasa
Zeti beritahu Najib tak pernah tanya sumber dana RM2.3 bilion masuk akaun
August 14, 2023· Isu semasa
SKMM kata tiada arahan sekat akaun TikTok Sanusi
July 16, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
23 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok