Bekas polis, tentera boleh bantu kawal salah guna ketum, kata Zahidi

May 29, 2022 · Isu semasa

Bekas tentera dan polis dicadangkan menjadi ‘penguat kuasa’ dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan rakyat di negara ini jika penanaman pokok itu dibenarkan bagi tujuan perubatan.

Penaung Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata tugas pengawalan ketum boleh dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada bekas tentera dan polis, sekali gus memudahkan urusan kerajaan membanteras penyalahgunaan ketum.

“Sekarang ini saya sedang bincang dengan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dan kita telah melantik bekas pegawai tinggi polis (bahagian) narkotik.

“Buat masa ini saya tidak mahu sebut nama lagi bersama jawatankuasa bekas tentera dan polis untuk memberi cadangan kepada saya untuk saya kemukakan kepada Menteri Kesihatan,” katanya menurut laporan Bernama.

April lalu, Zahidi dipetik sebagai berkata perbincangan mengenai kebenaran penanaman ketum untuk tujuan perubatan mendapat “lampu hijau” daripada kerajaan apabila Kabinet tidak mempunyai halangan dan sudah memberikan kebenaran untuk satu perbincangan dilakukan pihaknya yang mewakili Parlimen Padang Besar bersama Menteri Kesihatan berhubung isu itu.

Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata jika kerajaan meluluskan tanaman ketum itu ia juga dapat membantu pesara tentera dan polis menjana pendapatan selain mengharapkan wang pencen melalui kaedah mengusahakan tanah mereka dengan tanaman berkenaan.

“Permintaan dunia untuk ketum cukup besar daripada segi perubatan. Negara jiran kita dapat pendapatan besar daripada ketum ini, jadi jika kerajaan benarkan pokok ketum ditanam ia akan memberi manfaat kepada pekebun kecil getah misalnya yang mana jika harga getah jatuh boleh membantu mereka dapat pendapatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sempena Hari Wartawan Nasional yang diraikan hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan wartawan yang bertugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

“…dan juga mereka (wartawan) berkorban untuk sampaikan maklumat kepada masyarakat termasuk sanggup ke tempat peperangan dan ada wartawan yang terbunuh…begitu besar pengorbanan wartawan kepada masyarakat.

Kementerian (Komunikasi dan Multimedia) menghargai jasa wartawan dengan memikirkan macam mana cara untuk membalas jasa wartawan dan menjaga kebajikan wartawan…kami akan sentiasa berusaha membalas jasa wartawan,” katanya.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
21 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
19 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok