Bekas polis ke tali gantung bunuh anak tiri

March 31, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang bekas koperal polis kerana membunuh anak perempuan tirinya, enam tahun lalu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Sejurus prosiding selesai, Muhammad Khairuanuar, berpaling ke arah ahli keluarganya dan meminta mereka menjaga anak-anaknya.

Tertuduh didakwa membunuh Hanis Amanda Mohd Zafil, yang berusia dua tahun ketika kejadian di sebuah kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju di Kuala Lumpur antara 7 pagi dan 7.30 malam, 6 November 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Sequerah berkata, mahkamah mendapati bahawa seluruh keterangan mengikut keadaan di dalam kes ini menjurus kepada kesimpulan tertuduh membunuh si mati.

“Oleh itu, mahkamah mensabitkan tertuduh di bawah Seksyen 302. Hukuman di dalam kes ini adalah mandatori iaitu gantung sampai mati,” katanya.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh dipanggil membela diri sepanjang perbicaraan itu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria manakala peguam Fahri Azzat mewakili tertuduh.

Kes menyayat hati itu dilaporkan media pada November 2015 yang membawa kepada pembukaan akaun Facebook atas nama ‘Keadilan Untuk Amanda’.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok