Bekas penyelia Felda dipenjara 6 bulan dalam kes palsukan bayaran gaji

February 3, 2023 · Isu semasa

Bekas penyelia Felda dihukum penjara enam bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana membuat dokumen palsu berhubung bayaran gaji peneroka seterusnya menggunakan wang gaji itu untuk menyertai pelaburan Forex.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aizat Ziadi, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan membuat dokumen palsu berhubung penerimaan bayaran tunai gaji peneroka, lapor Bernama.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Tanah Rancangan Felda Sebertak di Bera, antara November dan Disember 2020 semasa berkhidmat di situ dengan menandatangani sebahagian senarai akuan penerimaan bayaran tunai kepada peneroka.

Tindakan tertuduh dipercayai bagi menunjukkan peneroka terlibat telah menerima bayaran tunai bagi gaji November dan bayaran tunai pendahuluan Disember yang perlu diagihkan tertuduh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 464(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes perbuatan tertuduh terbongkar selepas ibu pejabat Felda menerima aduan terdapat peneroka tidak menerima gaji, sedangkan wang tunai berjumlah RM89,520.40 bagi bayaran November dan RM61,273 bagi Disember untuk tujuan itu telah diserahkan kepada pejabat Felda Sebertak.

Tertuduh selaku pegawai pembayar didakwa memberikan penjelasan meragukan berhubung isu tersebut semasa siasatan dalaman Felda sebelum siasatan lanjut mendapati dia telah menggunakan wang itu untuk pelaburan Forex.

Terdahulu, peguam Mazura Ismail yang mewakili tertuduh merayu mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana anak guamnya telah insaf dan kesalahan tersebut juga menjadi punca perceraian tertuduh.

“Tertuduh kini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji harian RM50. Dia juga telah memulangkan wang kepada sebahagian besar peneroka terlibat dan bertekad mahu berbuat demikian sehingga jumlahnya selesai,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif memohon hukuman penjara dan denda kerana perbuatan tertuduh mencemarkan imej serta integriti Felda.

“Peneroka yang terlibat kebanyakan warga emas dan wang gaji itu diguna untuk menyara kehidupan seharian mereka, namun tertuduh menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi. Walaupun ada usaha membayar balik, namun perkara utama iaitu memalsukan dokumen dengan meniru tandatangan peneroka adalah kesalahan serius,” katanya.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
2 jam lalu· Isu semasa
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
5 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
5 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
5 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok