Bekas penyanyi nasyid tanam ganja dalam rumah ditahan

March 25, 2022 · Isu semasa

Bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal ditahan setelah polis membongkar kegiatan ‘ladang ganja’ di kondominium didiaminya di Damansara, Selangor, semalam.

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan bersama 17 pasu pokok ganja, yang dipercayai ditanamnya sejak dua bulan lalu. Selain itu, polis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram dianggarkan bernilai RM10,700.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 5.30 petang semalam, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Pemeriksaan lanjut di sebelah bahagian dapur rumahnya pula, polis menemui satu almari kain berwarna hitam yang di dalamnya terdapat tiga pasu pokok disyaki ganja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 47 tahun itu sudah lebih 10 tahun menjadi penagih aktif.

Menurutnya, suspek dipercayai menggunakan media sosial bagi mempelajari selok-belok memproses dadah tersebut.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri.

“Kita percaya suspek tanam sendiri pokok terbabit, namun kita masih menyiasat dari mana benih tanaman itu diperolehnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B, Akta Dadah Berbahaya 1952, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
21 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
12 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok