Bekas Pengerusi Felda disabit rasuah diberi pasport sementara ke UK

March 11, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya di sebuah universiti di United Kingdom 30 Mac ini.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata pasport itu yang akan diserahkan kepada Mohd Isa selaku pemohon pada 14 Mac perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 16 April ini.

Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Ghazali Cha membenarkan permohonan Mohd Isa selepas mendengar hujahan peguamnya, Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak membantah permohonan tersebut.

Terdahulu, Wan Azmir dalam hujahan berkata anak guamnya perlu berangkat ke United Kingdom pada 26 Mac ini untuk menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya dan akan pulang ke Malaysia pada 9 April ini.

“Saya mohon pasport diserahkan kepada pemohon secepat mungkin kerana ia perlu diperbaharui. Anak guam akan pulang ke Malaysia pada 9 April dan saya mohon pasport dikembalikan selewat-lewatnya 16 April,” katanya dan menambah bahawa pemohon telah menjaga anak tirinya itu sejak kecil.

Pada 3 Feb tahun lepas, Mohd Isa, 72, disabitkan atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapinya menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun setelah Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan selesai.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021.

Rayuan berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron menerusi sidang video pada 11 Mei ini.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
23 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
23 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok