Bekas pengarah SPRM dedah banyak bukti skandal LCS berada di luar negara

August 21, 2022 · Isu semasa

Banyak bukti melibatkan skandal enam kapal tempur pesisir (LCS) yang gagal disiapkan berada di luar negara, kata seorang bekas pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohammad Zin mendedahkan siasatan berhubung skandal kapal tersebut sudah bermula sejak 2010 bagaimanapun ia gagal mendapat kerjasama daripada luar negara untuk diteruskan siasatan.

“Fail sudah dibuka namun tidak mendapat kerjasama daripada luar negara…siasatan itu diusahakan sejak 2010 namun sampai sekarang tiada maklum balas daripada pihak berkenaan.

“Seingat saya, banyak kali pihak Peguam Negara (AG) menghantar surat kepada pihak luar negara, namun tiada maklum balas.

“Siasatan jadi sukar kerana banyak bukti berada di luar negara,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Pendedahan Bahri tersebut dilihat sama dengan dakwaan dibuat Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membuat pendedahan sejumlah wang negara dilarikan oleh syarikat luar pesisir.

Rafizi mendakwa sebanyak RM192 juta didakwa dilarikan sebuah syarikat yang berpengkalan di Malta dalan skandal LCS.

Jelasnya, pendedahan itu terdapat dalam siasatan dalaman berhubung skandal LCS dimana Alizes Marine Limited yang ditubuhkan di Malta paling banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan pembekalan tidak wujud.

Menurut Rafizi lagi, Alizes Marine Limited dilantik subkontraktor projek LCS sebagai pembekal alat gantian atas cadangan DCNS (syarikat Perancis yang sering dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak), kontraktor teknikal projek LCS yang menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal Gowind.

Alizes Marine Limited dicadangkan atas ia sebuah syarikat pembekal pertahanan Perancis yang menggunakan nama Alizes Marine France.

Mengulas lanjut, Bahri berkata penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hanya akan melengah-lengahkan pendakwaan kerana bukan badan penguatkuasa dan kehakiman.

“Penemuan melalui RCI tidak boleh menyebabkan seseorang itu diheret ke penjara.

“Siasatan melalui RCI cuma untuk mengenalpasti siapa yang terbabit atau bertanggungjawab sahaja, tidak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Skandal LCS mula ‘terbongkar’ apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Untuk rekod, pemberian kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Barisan Nasional (BN)/UMNO memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2014.

Ketika itu, Najib menjadi Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan mulai 2009 hingga 2013, sebelum digantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
5 minit lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
8 minit lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
11 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
14 minit lalu · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok