Bekas pengarah, pegawai kerajaan buat tuntutan palsu ditahan SPRM

August 2, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas pengarah dan seorang pegawai kanan kerajaan yang dipercayai mengemukakan tuntutan palsu lebih RM175,000 serta meminta suapan hampir RM60,000 daripada kontraktor.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 44 dan 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan, lapor Bernama.

Mereka disyaki menggunakan lesen beberapa syarikat bagi melakukan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja pembekalan makanan dan minuman berjumlah lebih RM175,000.

Bekas pengarah itu juga dipercayai menerima bayaran secara bulanan lebih RM60,000 daripada seorang kontraktor dari 2017 hingga 2019.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 18 Akta SPRM 2009 .

Beliau berkata tangkapan itu merupakan hasil kerjasama SPRM Sabah dengan unit integriti agensi kerajaan yang terbabit.

Katanya kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi permohonan reman.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok