Bekas pengarah didakwa 64 tuduhan seleweng RM10.65 juta

July 21, 2022 · Isu semasa

Seorang bekas pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 64 pertuduhan penyelewengan, pemalsuan cek dan penggunaan cek palsu berjumlah kira-kira RM10.65 juta.

Ooi Yee Ling, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 403, 467 dan 471/467 Kanun Keseksaan (KK).

Di mahkamah yang sama, wanita itu didakwa bersama bekas perunding syarikat tersebut Yee Yat Kai, 64, dengan empat pertuduhan memalsukan dokumen mengikut Seksyen 467 dan 471/467 KK.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di bandar raya ini iaitu di RHB Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd serta di premis Syarikat Cergas Amani Bhd dan PVDS Corporate Services Sdn Bhd antara 17 Nov 2017 dan 8 Feb 2018.

Bagi dua kesalahan yang dijalankan mengikut Seksyen 403 KK, Ooi didakwa menyalahgunakan harta untuk dirinya sendiri, iaitu telah menggunakan cek milik Chan Chee Seng.

Bagi kesalahan di bawah seksyen ini, ia membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Di bawah Seksyen 467 dan 471/467 KK pula, Ooi mempunyai 62 pertuduhan kerana memalsukan cek milik Chan serta menggunakan cek palsu itu dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin dan Siti Aina Rodiah Shikh Md Saud serta kedua-dua tertuduh diwakili peguam Kenzaly Goik.

Faten Hadni memohon mahkamah menetapkan jaminan RM600,000 terhadap wanita itu bagi kesemua pertuduhan termasuk yang dibacakan secara bersama manakala jaminan sebanyak RM200,000 terhadap tertuduh lelaki itu yang menghadapi empat pertuduhan.

Namun Kenzaly Goik merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya Ooi, yang menjalankan perniagaan menjual pakaian tidak mempunyai pendapatan tetap, dan perniagaannya terjejas akibat wabak COVID-19 manakala Yee, seorang ejen insurans, juga tidak mempunyai pendapatan tetap selain mengalami hipertensi.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin terhadap Ooi sebanyak RM60,000 dan RM20,000 terhadap Yee bagi kesemua pertuduhan dihadapi dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 Ogos. – Bernama

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
2 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
2 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok