Bekas pembantu dedah lokasi persembunyian Jho Low meninggal dunia: Laporan

May 31, 2023 · Isu semasa

Seorang saksi dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kee Kok Thiam yang sebelum ini mendedahkan lokasi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho dilaporkan meninggal dunia disebabkan strok.

Peguamnya melalui Firma Guaman Valen, Oh & Partners dalam satu kenyataan berkata, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin di sebuah hospital.

“Kami berharap semua pihak tidak melayan sebarang spekulasi mengenai peristiwa ini dan memberi ruang kepada keluarga untuk bersedih atas pemergiannya,” kata kenyataan itu.

Portal MalayMail Hari ini dalam laporannya mendedahkan wartawan mereka mengetahui berhubung obituari yang menunjukkan upacara sembahyang dijadualkan untuk Kee pada Selasa, diikuti upacara pengebumian esok di Krematorium Kepong.

“Saya cuma boleh cakap ya, itu dia. Tetapi saya tidak boleh mengesahkan apa-apa lagi,” menurut laporan MalayMail memetik sumber SPRM.

Kee telah menjadi saksi penting dalam penyiasatan 1MDB yang melibatkan Jho Low dan pihak berkuasa sudah menyoal siasat sekembalinya beliau ke tanahair berikutan pengusirannya dari Macau kerana didakwa tinggal lebih masa.

Semasa disoal siasat oleh SPRM, beliau mengesahkan bertemu Low dan rakan buruan dan suspek 1MDB — Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil — di Macau.

Kee dianggap sebagai rakan rapat Low, yang dilaporkan diberi amaran agar tidak mendedahkan sebarang maklumat dalam siasatan 1MDB.

Menurut laporan Al Jazeera, SPRM tidak dimaklumkan oleh kerajaan Macau berhubung penghantaran pulang Kee dan mendakwa mengetahui tentang pengusiran pemberi maklumat itu “berdasarkan rangkaian perisikan”.

Pada 5 Mei, Malay Mail melaporkan bahawa seorang suspek yang tidak dinamakan telah dibawa pulang dengan kerjasama agensi penguatkuasa dari luar negara, dan tiba di Terminal 2 KLIA pada 3 Mei pada 3.30 pagi.

Sebaik tiba, beliau diberi notis arahan untuk hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 10 pagi pada 3 Mei, dengan SPRM kemudian merekodkan kenyataannya dan menggeledah rumahnya pada hari yang sama.

Menurut sumber, lelaki itu disyaki menerima wang berpunca daripada dana yang diselewengkan daripada 1MDB dan SRC melalui akaun bank sebuah syarikat dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

SPRM, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial polis Singapura, sebelum ini berjaya merampas akaun bank Wright Shaw Limited yang mengandungi dana sekitar AS$5.2 juta (RM23 juta).

Siasatan menunjukkan lelaki itu menerima wang daripada dana 1MDB yang diseleweng melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok