Bekas pembaca berita stesen Tv dilaporkan hilang, belum dijumpai

July 19, 2022 · Isu semasa

Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33 berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas, lapor Bernama.

Zalina Shaharah, 58 dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

“Pada 29 Nov 2021, pengadu dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.

Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.

“Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta,” katanya.

Beliau berkata segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.

Katanya polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
56 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
3 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
8 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok