Bekas pemain bola sepak negara meninggal dunia ketika berbasikal

January 12, 2022 · Isu semasa

Serbegeth Singh, bekas pemain skuad bola sepak negara dilaporkan meninggal dunia selepas pengsan dan terjatuh semasa berbasikal di Kledang, Johor petang tadi.

Mendiang yang lebih dikenali dengan panggilan Shebby Singh, 61, dikatakan mengalami masalah sesak nafas sebelum itu.

Portal The Star melaporkan mendiang menghembus nafas terakhir kerana serangan jantung.

Semasa zaman mudanya dia menyarung jersi kebangsaan antara 1982 hingga 1991 dan pernah beraksi untuk pasukan Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak sebelum bersara pada 1996.

Shebby kekal berada dalam lingkungan bola sepak apabila sering menjadi hos atau tetamu dalam program sukan selain pernah mengendalikan skuad kebangsaan serta penasihat kelab Blackburn Rovers pada 2012.

Berita berkaitan
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
August 29, 2023· Isu semasa
MB Kedah ziarah Allahyarham Salahuddin di hospital
July 23, 2023· Isu semasa
Salahuddin Ayub meninggal dunia
July 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
8 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
9 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok