Bekas peguam negara jadi sasaran berhubung isu tuntutan Sabah

March 22, 2022 · Isu semasa

Isu berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah dibangkitkan oleh beberapa Senator pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Senator Datuk Bobbey Suan menggesa agar kerajaan Persekutuan mencari kaedah atau jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan Bernama.

“Ini supaya tiada lagi mana-mana pihak membangkitkan perkara yang sensitif itu pada masa hadapan demi memastikan kesejahteraan generasi akan datang.

“Maka, hanya pihak Persekutuan yang dapat menyelesaikan perkara ini kerana ia membabitkan urusan negara kita,” kata Ahli Dewan Negara dari Sabah itu.

Senator Datuk John Ambrose pula menyifatkan tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah adalah tidak munasabah memandangkan Malaysia melaksanakan pemerintahan efektif dan mentadbir negeri itu sejak ia menyertai Malaysia secara sukarela pada 1963 menerusi hasil dapatan Suruhanjaya Cobbold.

“Malaysia melaksanakan pemerintahan efektif dan mentadbir Sabah serta memperuntukkan dana, merangsang pelaburan dan majukan ekonomi Sabah dengan masyarakat antarabangsa mengakui Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

“Malah kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis, tentera dan sistem pendidikan serta menjayakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Senator Datuk Seri S.Vell Paari meminta kerajaan memanggil bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas untuk tampil membuat penjelasan berkenaan surat yang dihantar kepada peguam yang mewakili waris Sultan Sulu pada 2019.

Beliau yang kesal dengan inti pati surat itu menyifatkan ia sebagai penderhakaan kepada negara dan penghinaan kepada anggota tentera dan polis serta waris mereka yang kehilangan insan tercinta semasa mempertahankan kedaulatan negara.

“Akibat daripada tindakan surat itu, ia dijadikan bukti utama dan alasan peguam wakil Kesultanan Sulu kerana surat ini disifatkan sebagai kerajaan Malaysia mengiktiraf tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

“Akibat surat ini juga kerajaan Malaysia diarah membayar wang pampasan sekurang-kurangnya RM62.59 bilion kepada waris Sultan Sulu, jadi saya nak tahu adakah surat itu mendapat kelulusan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan dan sama ada surat itu ditulis oleh Thomas tanpa dirujuk kepada perdana menteri ketika itu,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Popular
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok