Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji

September 27, 2022 · Isu semasa

Bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memalsukan slip gaji pada empat tahun lalu bagi tujuan menipu.

Khairul Anuar Daud, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, menurut laporan Bernama.

Dia didakwa memalsukan slip gaji FlyFirefly Sdn Bhd pada bulan Mei 2018 berjumlah RM15,820.63 dengan niat menggunakan dokumen palsu itu bagi tujuan menipu.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia – Operasi JCorp, Aras 11, Menara KOMTAR di sini, antara 26 Jun 2018 dan 10 Julai 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan juga menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa raya SPRM Dayang Masneh Deh, manakala peguam Hazza Khalid mewakili tertuduh.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
11 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok